.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, October 13, 2011

Happy

Assalamu'alaikum ...Hi ... apa kaba ? sihat? Harap-harap semua sihat. he~~~
Kat sini dah mula musim sejuk, walaupun bukan kat malaysia.. (johor) ramai kawan2 semuanya tengah menghidap penyakit selsema, batuk, dan demam. Saya hampir-hampir nak demam, tapi alhamdulillah anggota badanku kuat.. so.. tak de la demam teruk sangat sampai terbaring. Boleh la online he~~ Ok! Saya nak cerita pasal petang semalam, petang semalam saya ada chat nagan kawan. Kawan tu duduk german but dia duduk sini untuk study so dia tumpang kat rumah cikgunya, kiranya dia anak angkat pada cikgu tu. Mula-mula first saya jumpa dia, kat shopping ecconsave, so dari situ kita orang berkenalan. Dia panggil cikgu tu IBU. IBU  memandang saya seperti saya ada buat kesilapan yang besar. Bukan saya nak mengata, tetapi saya ada hati. Janganlah pandang macam itu sekali. Ok, then saya terus mintak dia facebook untuk lebih rapat lagi. Masa tu saya happy sangat sebab dapat tegur anak omputih, selalunya kat dalam facebook, skype, and yahoo.. So, petang tu saya online and search name yang dia bagi kat dalam facebook. Bila saya da jumpa, saya tengok status dia, dia ada kaitan ngan kawan saya, kawan saya belajar sama-sama di Sekolah Rendah Agama Bersepadu. Then disitu lah saya tahu dimana dia tinggal. Dalam 3 hari kemudian saya pun pergi ke rumahnya, beri salam tiada siapa pun yang nyahut. Selama 4 hari saya berjaya jugak dapat berjumpa dengan dia.. itu pun disebabkan ada anak tuan rumah tu, kalau tak.. tak dapat lah nak jumpa. So masa tu lah dapat bersembang ngan dia dalam setengah jam. Happy!. ^_^ Ok . Petang semalam saya ada chat ngan dia sebab nak beritahu dia yang saya nak jumpa dan beritahu pada IBU saya mahu datang kerumah. Sampai je dirumah IBU. IBU said dia dah tidur.. OMG!! Memang hati ni rasa macam nak meletup. Ok FINEEEE !! so disini lah saya tak tahu kenapa makcik tu susah sangat nak kasik saya berjumpa dengan dia.. Cuba lah makcik tu terus terang pada saya, kalau makcik tak suka, cakap lah tak suka, kan senang. Tak payah lah nak tertanya-tanya pada hati ni.. hmm.. Memang saya dtg uma dia mcm2 alasan  IBU berikan. Penat la, Tidur la, Sibuk la... I DONT KNOW WHY!.. ok.. lepas ni saya da tak nak pergi lagi kerumah IBU. Sebab my mum said kalau tuan rumah tak suka datang rumahnya, jangan pergi! kerana bila seseorang itu memaki hamun maka kita akan dapat kata-kata itu. So saya tak akan pergi lepas ni.. Hanya dapat jumpa 2 kali. Tak tahu la bila kita dapat berjumpa lagi.. ^_^ semoga kawan saya itu dapat masuk islam kerana dia duduk di rumah IBU. Family IBU islam, Setahun dia duduk situ. Moga-moga ALLAH bukakan hati dia untuk memeluk agama ISLAM. Dengan berkat saya ziarah dia 2 kali sahaja. AMIN YA RABB...
WASSALAM.

Friday, October 7, 2011

saje testing # 1

Assalamu'alaikum...
Apa khabar my blog.. hee~~ Da lama rasanya tak singgah kat sini.. rindu sangat.
Tak tahu la nak kata apa, Hmm .. tak ada idea la huhuhuhu....
bye.
Wassalam.

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Sya'ban

Berikut Hadis – Hadis yang menerangkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban
1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.


5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.


7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.
Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin.

Monday, June 27, 2011

Memperkokoh Keteguhan Hati

Dalam menjalani hidup, tentu saja kita dihadapkan oleh berbagai macam penderitaan. Penderitaan itu sendiri dapat didefinisikan sebagai sebuah perasaan menanggung atau memikul beban ujian yang mungkin sangatlah berat. Diperlukan hati yang sangat kuat untuk tetap bisa menghadapinya. Penderitaan ini juga bertingkat-tingkat intensitasnya. Namun penderitaan ini bukanlah sebuah akhir dari segalanya. Justru penderitaan ini ialah awal dari sebuah tujuan hidup yang bahagia dan menyenangkan.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Itulah sebuah pantun yang sudah tak asing lagi di telinga kita. Makna dari pantun tersebut ialah, bahwasannya segala tujuan dan cita-cita yang kita inginkan tidaklah begitu saja kita dapatkan dengan mudah. Semua butuh proses yang panjang dan penuh rintangan menghadang. Kita haruslah bersakit-sakit dahulu, merasakan apa itu yang namanya kerja keras, kelelahan, penderitaan. Semua itu adalah proses yang harus dilalui untuk mencapai tujuan dan cita-cita.

Bagaikan karang yang dihempas ombak. Begitulah seharusnya kita dalam menjalani berbagai cobaan hidup. Janganlah menyerah dan putus asa. Karena sesungguhnya keputus asaan ialah membawa kita kepada kehancuran. Memang untuk mencapai tujuan hidup, kita akan merasakan banyak penderitaan. Penderitaan ini adalah sebuah pelajaran yang menjadikan kita lebih kokoh, bahkan melebihi kokohnya batu karang yang terhempas ombak.

Untuk memperkokoh hati ini, diperlukan berbagai trik, diantaranya :
1. Janganlah cepat merasa putus asa. Keputusan adalah tindakan yang sangat sia-sia. Tidak ada nilai positif yang terkandung di dalamnya. Keputus asaan selalu membayang-bayangi kita. Untuk menyiasatkannya, sellu berpikir positif dan berpikir ke depan. Ingatlah bahwa segala sesuatunya butuh proses dan kerja keras untuk meraihnya. Tidak mungkin, sepiring nasi begitu saja ada dihadapan kita. Semua itu butuh proses untuk dapat menjadi sepiring nasi.
2. Ikhlas dan sabar. Seseorang yang ingin mencapai sebuah tujuan hidup yang diinginkannya, haruslah memiliki sifat ikhlas dan sabar dalam hatinya. Ikhlas ialah menerima segala kondisi diri yang menimpanya. Menerimanya dengan ikhlas merupaka sesuatu yang sangat penting. Di samping ikhlas, kesabaran juga sangat penting. Jika kita tidak memiliki kesabaran dalam melakukan sesuatu, hanya akan mendapatkan hasil yang kurang memuaskan.
Kedua poin ini sangat penting untuk dapat memperkokoh hati dari berbagai macam cobaan dan penderitaan hidup. Semoga bermanfaat untuk semuanya.

Wednesday, June 22, 2011

Hati..

Duhai hati.. Janganlah Engkau bersedih. Bersabarlah dengan segala ujian yang telah diaturkan oleh ALLAH...Tenanglah dikau...Jangan pernah kau bersangka buruk dengan ujian yang diturunkan...Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi...Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia diuji untuk mendapat kebahagiaan abadi di akhirat kelak.... Akanku tenangkan dikau dengan zikir2 memuji kebesaran ILLAHI....Akanku ingatiNYA setiap detik....Setiap ketika.....Setiap minit...Setiap jam...Setiap hari....Selagi aku masih bernyawa...Selagi jantungku berdenyut...Selagi mata ku berkedip....Selagi aku masih mampu bergerak...Semuanya datang dari ALLAH...
Jangan goyah dengan hawa nafsu dunia yang dipenuhi dengan kepalsuan semata2...Tidak ada yang benar.... Tenanglah dikau menghadapinya....Masih jauh perjalanan kita...Kumpulkanlah bekalan kita untuk ke akhirat sebanyak-banyaknya....Apabila masa kita telah tiba, ajal kita telah memanggil ketika itu tiada apa lagi yang boleh kita lakukan...Gunakanlah masa yang ada ini sebaik-baiknya....Hargailah ia ketika masih ada......Ya ALLAH. ku mohon petunjukMu, hidayahMu, dekatkanlah hatiku denganMu....Hanya Engkau yang Mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hambaMu.....Amin.....



Wallahualam....

Monday, May 30, 2011

Sabar

ya ALLAH .. kenapa la selalu di tipu.. apa salah ku,? kenapa dia sanggup tipu aku, dia tipu bkn satu or dua kali.. tp da byk kali.. yela..d sbbkan syg.. semuanya ok. sabar je la.. skrg ni, aku nak cuba melupakan dia.. tp.. aku susah nk melupakan dia.. tkpe! aku azam.. inshaALLAH.. aku blh buat.. aku mesti kene kuat, n tabah, inshaALLAH.. aku cuba.!!!

Saturday, May 21, 2011