.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, October 13, 2011

Happy

Assalamu'alaikum ...Hi ... apa kaba ? sihat? Harap-harap semua sihat. he~~~
Kat sini dah mula musim sejuk, walaupun bukan kat malaysia.. (johor) ramai kawan2 semuanya tengah menghidap penyakit selsema, batuk, dan demam. Saya hampir-hampir nak demam, tapi alhamdulillah anggota badanku kuat.. so.. tak de la demam teruk sangat sampai terbaring. Boleh la online he~~ Ok! Saya nak cerita pasal petang semalam, petang semalam saya ada chat nagan kawan. Kawan tu duduk german but dia duduk sini untuk study so dia tumpang kat rumah cikgunya, kiranya dia anak angkat pada cikgu tu. Mula-mula first saya jumpa dia, kat shopping ecconsave, so dari situ kita orang berkenalan. Dia panggil cikgu tu IBU. IBU  memandang saya seperti saya ada buat kesilapan yang besar. Bukan saya nak mengata, tetapi saya ada hati. Janganlah pandang macam itu sekali. Ok, then saya terus mintak dia facebook untuk lebih rapat lagi. Masa tu saya happy sangat sebab dapat tegur anak omputih, selalunya kat dalam facebook, skype, and yahoo.. So, petang tu saya online and search name yang dia bagi kat dalam facebook. Bila saya da jumpa, saya tengok status dia, dia ada kaitan ngan kawan saya, kawan saya belajar sama-sama di Sekolah Rendah Agama Bersepadu. Then disitu lah saya tahu dimana dia tinggal. Dalam 3 hari kemudian saya pun pergi ke rumahnya, beri salam tiada siapa pun yang nyahut. Selama 4 hari saya berjaya jugak dapat berjumpa dengan dia.. itu pun disebabkan ada anak tuan rumah tu, kalau tak.. tak dapat lah nak jumpa. So masa tu lah dapat bersembang ngan dia dalam setengah jam. Happy!. ^_^ Ok . Petang semalam saya ada chat ngan dia sebab nak beritahu dia yang saya nak jumpa dan beritahu pada IBU saya mahu datang kerumah. Sampai je dirumah IBU. IBU said dia dah tidur.. OMG!! Memang hati ni rasa macam nak meletup. Ok FINEEEE !! so disini lah saya tak tahu kenapa makcik tu susah sangat nak kasik saya berjumpa dengan dia.. Cuba lah makcik tu terus terang pada saya, kalau makcik tak suka, cakap lah tak suka, kan senang. Tak payah lah nak tertanya-tanya pada hati ni.. hmm.. Memang saya dtg uma dia mcm2 alasan  IBU berikan. Penat la, Tidur la, Sibuk la... I DONT KNOW WHY!.. ok.. lepas ni saya da tak nak pergi lagi kerumah IBU. Sebab my mum said kalau tuan rumah tak suka datang rumahnya, jangan pergi! kerana bila seseorang itu memaki hamun maka kita akan dapat kata-kata itu. So saya tak akan pergi lepas ni.. Hanya dapat jumpa 2 kali. Tak tahu la bila kita dapat berjumpa lagi.. ^_^ semoga kawan saya itu dapat masuk islam kerana dia duduk di rumah IBU. Family IBU islam, Setahun dia duduk situ. Moga-moga ALLAH bukakan hati dia untuk memeluk agama ISLAM. Dengan berkat saya ziarah dia 2 kali sahaja. AMIN YA RABB...
WASSALAM.

No comments:

Post a Comment