.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Friday, December 28, 2012

Cyberjaya

Assalamu'alaikum.

Hello people... How are you? ( chewah speaking la pulak ... hehehe ) Ok. hmm.. Saya kat sini alhamdulillah sihat. Cuma peha, lutut, betis dan bahagian kaki saya agak lengguh, Ha... kalau korang nak tahu, jom baca.

21hb Nov 2012

Pada pagi tu saya prepare yang mana patut dibawa untuk ke KL. Selepas saya solat Zohor, saya terus ke Station Bus yang di hantar oleh sepupu saya. Terima kasih sebab dia selalu tolong saya bila saya perlu bantuan. hehehe :)

Dalam perjalanan tu memang payah lah saya nak lelapkan mata walaupun saya dah paksa jugak untuk lelap. Alhamdulillah, setakat dalam perjalanan saya tidak ada hujan pun ( syukur pada-Mu ). Dalam lebih kurang 4 jam saya dalam bus.

Sampai je Bandar Tasik Selatan, saya terus ke toilet and ambil wudu' untuk solat Asar. Dan selepas itu saya terus ke stesen Bukit Jalil by LRT . Memang masa tu ramai sgt kt dlm LRT , Al-Maklum baru balik kerja.

Tiba sahaja di Bukit Jalil, saya tunggu sahaja di situ sampailah kawan saya datang yang bernama Kien Lam and Cheng Chee Siang. Diorang memang baik dan fasih bercakap english. Begitu jugak dengan freestyle slalom. ( rollerblade )

Ok tiba di Cyberjaya, macam biasalah.. makan, and solat dulu then baru lah boleh start main kasut roda. Best sangat sebab banyak saya dapat Ilmu dari mereka. Terima kasih sebab sudi mengajar saya pelbagai style mengenai slalom.

Tepat pada pukul 11:00 malam kami semua terus bersurai. Cuma ada beberapa sahaja yang tinggal sebab nak discuss pasal saya laaa....

Nak tahu kenapa? Sebab saya tak tahu lagi saya nak tidur mana... waaaaa!!!!!!!

Lastly dapat jugak tumpang tidur di apartment kawan saya yang bernama Inara .She's a good person because baik sangat, lembut orangnya. ;)

22hb Nov 2012

Pagi tu saya terus sesiap untuk ke Johor. Dan sampai sahaja rumah pukul 11 pagi. Apa-apa pun saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang membantu saya. Dan saya hanya dapat tangkap gambar sikit je .. tak banyak pun. Korang boleh tengok kat bawah ya.





 Ok terima kasih lagi sekali sebab sudi luangkan masa kat sini.

Wassalam.

Saturday, November 17, 2012

Mamat Handsome

Assalamu'alaikum


Hey semua.. hari ni saya nak kongsikan cerita saya mengenai " mamat handsome ".

Ok. Pertama sekali... Pada waktu petang, masa tu saya tengah layan youtube. Tiba-tiba, handphone saya berbunyi... ada satu mesej masuk.

Saya pun lupa la, apa mesej pertama dia. Apa yang penting semua orang akan tahu kalau permulaan nak mesej mesti beri salam. kan?! haa... so faham-faham je la ya.. hehehehe..

Ok sepanjang satu hari tu saya dok lah layan mesej dia.. Tapi memang ayat saya garang, tegas, dan ringkas. hahahaha ... Al-maklum, budget cun.

Tapi ingat tau.. ini mesej time masa lagi seminggu nak raya korban. Saya pun tak kenal dia tu siapa.. dan tak pernah nampak dia pun. Dan satu hari suntuk layan mesej dia. ( hanya satu hari je )

Selepas sebulan kemudian.. Tiba-tiba lagi.. mesej dia muncul balik, katanya mak and adik dia nak datang rumah.. pasal mengenai hal " madrasah " = sekolah.

Ok, lepas tu..,Tadi.. saya pertama kali tengok dia... Masya ALLAH... !!!! Handsome sangat !!! Rasa masa tu serba salah sebab masa mesej ngn dia .. asyik marah-marah.. hahahahah

Tapi alhamdulillah dia okay je. :D

So lepas ni saya nak nasihatkan diri saya ni.. Janganlah terlalu sombong sangat. Tak baik. ! Walaupun lawa ke tak.. kita nak cakap tu biar bersopan sikit.

Terima kasih sebab luangkan masa kat sini kejap.

Wassalam.

Wednesday, October 31, 2012

Raya Aidil Adha 2012

Assalamu'alaikum

Hi semua.. Apa khabar? So macam mana dengan Raya Aidil Adha tahun ni? Ok? Saya harap korang semuanya Ok dan happy bersama dengan keluarga yang tersayang.

Saya disini Alhamdulillah.. sangat happy. Dan begitu jugak dengan Raya Aidil Fitri tahun ni.. Senang cerita. Raya tahun kali ni memang rasa bermakna dan happy dari sebelumnya.

Saya rasa tak ada apa yang nak di ceritakan. Mungkin saya tak ada idea. Yeah, Mungkin! Hehehe :D .Nak buat ayat pun menggunakan idea dan mesti kena ada jalan ceritanya .. sebab bila tak ada jalan cerita, ia akan rasa bosan apabila orang lain nak baca.

So nanti bila saya ada idea yang best-best saya akan update la.. and sekarang ni just nak letak gambar semasa kami dan sedara-mara  beraya di rumah Pak Ndak.. Enjoy!





























Wednesday, October 10, 2012

Berjumpa Dengan Radicals

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, hari ni saya dapat juga luangkan masa untuk meluahkan perasaan saya ketika saya berada di Kuala Lumpur. (5hb oct 2012) hehehe ^__^

Okay pada pagi Jumaat bas saya akan bertolak pukul 7.30 pagi (paling awal.) Dengan keadaan diri saya yang tak serapan lagi huhuhuhu ~ Just minum air Milo ~ Ketika dalam perjalanan saya memang tak boleh nak lelapkan mata sebab saya rasa macam nervous bila sampai di KL. Dan bermacam-macam saya fikir, al-maklum pertama kali saya turun KL hanya seorang diri sahaja. ~ Fuh, berani betul aku ni !

Pukul 11.00 tengahari tepat saya dah sampai ( TBS - Bandar Tasik Selatan ). Rasa lega bila saya turun tu, cuma perut je yg asyik memanggil tapi saya tak pernah nak nyahut, kesian kan.. =_= Masa tu saya lapar sangat kebetulan saya ada bawa bekal dari rumah iaitu kopok lekor. Pastu terus saya contact kawan saya. Dan ikut la dia balik ... Tapi perut ku tetap mengamuk walaupun saya dah layan dia kejap ( makan kopok lekor )

Saya tetap kuat sampai lah Sentul Timur  :)  Sampai sana terus singgah ke Kedai Jom Skate Shop untuk lepaskan kepenatan saya ni.. Alhamdulillah dapat jugak tempat yang boleh rehat. Dan kawan saya tu memang baik sangat ^_^

Lepas saya solat Zohor dan Jama' sekali. Perut ku mula balik mengamuk yang tak tentu pasal. Saya tahu dia nak makan tapi sabar la, hehehehe ... Bila saya dah kat kedai restoran tu, tekak saya tak boleh nak masuk cuma air sirap limau. Dan saya dah mula loyer and macam nak muntah. Saya tetap kuat lagi.

Selepas lunch, saya berehat dan tidur di kedai kawan saya. Dalam 1 jam je saya dapat lelapkan mata. Bila bangun sahaja terus saya cari toilet dengan secepat mungkin, nak tahu tak apa yang terjadi?

Hehehe,, apa yang berlaku?? Jawapanya ..... saya muntah la. hehehe :) Dan disitu la saya bermula demam, muntah and cirit birit. Makan pun dah tak lalu ...

Malam tu saya ingat memang taknak pergi lah. Pergi mana??? oh.. sorry, lupa nak cakap hehehe.. Pergi Putrajaya. Group Radicals memang buat tiap-tiap malam sabtu main kat situ. So bila kawan saya ajak juga pergi ke Putrajaya.. saya pun terpaksa bangunkan juga dalam masa yang sama saya 'sakit'. :(

Saya pun tak sangka semua ni boleh terjadi, yela ALLAH je yang tahu semua ni. Tapi apa-apa pun saya tetap redho apa yang ALLAH berikan. Mungkin semuanya ada hikmah. Orait kita sambung balik cerita tadi. Sampai je sana ( putrajaya ) badan saya da ok sikit sebabnya 'asbab' saya makan ubat panadol , ( saya tak reti makan ubat dan tak suka pada ubat, waktu tu da terpaksa so kena makan juga hehehe ^_^)

Saya happy sangat masa tu dapat jumpa orang-orang kuat hahahahah :D Maksud saya dapat jumpa orang main kasut roda yang pandai-pandai dan hmmm kuat laaa.... hahaha... macam-macam style diorang buat. Saya suka tengok dan suka nak belajar , dan juga saya kuat kan diri lagi untuk belajar dengan diorang sebab saya nak bawa bekal ilmu ni dekat Kluang. :)

Selepas itu kami ( Radicals ) terus mengeteh kat restoran mamak, tak silap saya nama restoran tu Darussalam. Yeah,! betul nama tu.. ;) Masa tu kan... saya betul-betul perlukan rehat dan nak baring. Saya tengok kawan-kawan saya semuanya jadi gelap. Macam nak pengsan tau. Tapi saya tetap kuat kan lagi . Selagi saya mampu, selagi tu lah saya boleh kuat.

Lebih kurang dalam 1 jam kot. Dan saya tak pasti masa tu pukul berapa. Kami pun berangkat dan pulang kerumah masing-masing hehehehe.. Saya pulak pergi ke rumah kak Aja n suaminya ( abg afiz ) untuk bermalam rumahnya.

Mereka berdua ni memang baik sangat. Saya tak pernah lagi kenal mereka tapi mereka ni layan saya macam dah kenal lama. Saya suka dan suka laa... :) so sepanjang saya dirumah kak Aja.. saya hanya berehat dan berehat lagi hehehehe...

Hari Ahad pagi alhamdulillah saya dah sembuh dan saya terus siap-siap untuk pulang ke rumah ( Kluang,Johor ) Bas saya bertolak pukul 2.00 ptg sampai la ke Kluang pukul 5.00 ptg. Jalan pun tak de la sesak. so cepatlah sampai..

Alhamdulillah ~ bila saya tiba dirumah saya rindu sangat pada kawan-kawan Radicals. Rindu sangat la, dan rasa nak pergi lagi... tapi tak tahu la bila lagi saya nak join.. :)

Saya akan letak kan gambar kenangan manis saya bersama Radicals di bawa ni... ^__^

Dan terima kasih atas sudi membaca karangan saya . ^__^ I love you all.


Tuesday, October 2, 2012

Memilih

Assalamu'alaikum..

Hari ini kita nak cari kawan yang pandai je,, habis tu yang bodoh siapa yang nak kawan??? Ada. Tapi tak ramai sikit je., itu pun orang bodoh jugak. Kesian kan~ 

Sebenarnya hidup ni tak perlu nak memilih sangat la nak kawan tu... dan lagi satu tolong jangan nak jatuh kan kebodohan kawan, Dia pun ada perasaan jugak la!

Contoh : 
Nana ni seorang yang berjaya dalam hal bisnes. Nama dia pun dah top dalam hal bisnes ni. Memang ramai jugak kenal dia. Tapi kesian sebab selepas tamat dari sekolahnya kawan-kawan dia tak pernah nak contact dan dia cuba nak contact tapi diorang selalu beri alasan sibuk la takde masa nak sms ni la dan macam-macam alasan. Sebab kenapa??? itu aku tak tahu . Mungkin Nana ni berjaya dalam hal bisnes so diorang pun jelez la.. 

Tetiba ......... 
Kawan lama dia contact balik.. Mula macam suka la bila dapat tahu kawan lama dia contact dia.. 
Tapi.... 
Jom kita baca dialog ni.. 

Mimi : Assalamu'alaikum sihat ? 
Nana : Wa'alaikumussalam Sihat . 
Mimi : Nak tanya boleh, ko masa sekolah dulu ada ambil SPM tak?
Nana : Tak. 
Mimi : Abis tu ko bisnes guna apa? Tak guna SPM ke?? 
Nana : ( dia tak dapat nak jawap sebab hati dia mula sedih dan tak tahu nak jawap apa )
Mimi : Wei, aku tanya ni, nape tak jawap? 

Nana terus tak dapat jawap dan dia terus offkan phone, dia sedih. 

So kat sini saya nak cakap. Tak semestinya budak tu tak ambil SPM  tak boleh nak bisnes. Sebenarnya yang beri rezeki, adalah ALLAH!!! bukan SPM!!! - kan dah! haish~ aku pulak yang nak marah ~ 

Zaman nenek atok moyang aku takde pun ambil SPM tapi boleh je hidup dan besar kan anak-anak sampai berjaya.. 

fikirlah sendiri 
Wassalam.

Friday, September 28, 2012

Lelaki Idamanku

Assalamu'alaikum...

Hai semua... wa..... rindunya kat korang semua, termasuk my blog ni.. muah muah muah muah muah.... Sorry la sebab terlalu sibuk sangat dengan diri ni.. hahahaha ( sibuk la sangat. )

Okay hari ni saya nak ceritakan ciri-ciri idaman lelaki yang saya suka ... heheheh ^^ !

Pertama sekali saya suka pada "hidung" dan "bibir". Nak tahu kenapa? mestilah nak tahu kan.. hahaha.. ~ sebab hidung mancung dan bibir nipis ni agak cute. cewah~

Yang kedua "tinggi" sebab saya ni rendah so memang test saya adalah tinggi.. hahaha ^^ !

Yang tadi tu adalah sifat pada anggota , kalau tak dapat redho je la.. ~

Okay seterusnya ~

Saya suka dia pandai dalam bab ilmu agama pastu yang faham karenah saya yang bermacam-macam cerewet so kena sabarlah dengan perangai saya ni, hahahaha ~

Rokok??? alamak itulah yang saya tak boleh tahan dengan hidung saya ni! Sebab saya memang tak suka asap, semua asap memang saya tak boleh tahan, asap sampah ke, asap nyamuk ke , dan macam-macam asap saya tak boleh nak tahan.

Pakaian - saya suka orang lelaki smart, berkasut sukan or kasut apa-apa je cuma kasut pergi kerja yang warna hitam tu kurang sebab dah macam pakcik je.. hahahaha , baju jenis kemeja berlengan panjang. kalau t-shirt jenis ada colar ( entah la ejaannya macam mana hahaha ) pastu sweater, seluar jeans or apa-apa je. ( sebenarnya lebih bagus pakaian sunnah pun ok jugak )

Mesti dia pandai masak, sebab saya ni memang tak suka masak ( kekadang tu suka la So sesape yang baca ni mesti terkejut kan ! lalaalala )

Rajin dan tahu dalam bab rumah macam contoh kemas, basuh baju, and banyak la yang dalam rumah ni dia kena faham. - saya tak malas cuma satu hari saya sakit dia boleh ganti tempat saya kejap. Betul tak???

Dia mesti penyayang... indahnya~ opps!!! bukan dengan saya je... dia mesti penyayang dekat anak-anak dia, tak nak la asyik marah and garang kat anak tu, nanti anak tu tak suka tau, sampai besar dia tak akan ingat kat ayahnya.

Okay itu je la , lepas ni saya ada kelas Tutorial English kat Erican. Pukul 7.30 mlm start kelas.

Jumpa akan datang ~

Wassalam.

Thursday, August 30, 2012

Merdeka

Assalamu'alaikum

Hai semua.. Sihat? Saya harap korang sentiasa sihat dan senyum selalu... Saya disini alhamdulillah sihat disampingi keluarga saya yang tercinta.

Okay hari ini adalah hari kemerdekaan bagi Malaysia yang ke 55. Semua orang cuti, jalan pun sesak dengan sambutan merdeka ni .

Esok saya da start kerja dan belajar. So saya nak focus pada pelajaran saya tu.. dan saya nak pelajaran saya tu sampai berjaya..

Mungkin saya akan selalu di twitter, facebook saya akan online bila saya nak buat catatan yang baru. Dan saya akan online seketika.. :)

Dalam sibuk belajar, saya tetap akan main kasut roda saya tu pada setiap petang. Tak kiralah kat mana-mana pun. Yang penting saya nak belajar sikit demi sikit tentang style slalom ni.

InshaALLAH bulan 10 saya akan turun ke KL.  sekiranya saya tidak ada halangan apa-apa.. ^^ ! Saya nak jumpa orang yang main kasut roda nanti.. Rasa tak sabar pulak.. :D

Okay lah saya nak pergi kemas bilik. Jumpa lagi dalam masa akan datang , tapi ingat jangan lupa, selalu-selalu lah singgah blog saya.

Bye. Wassalam

Wednesday, August 29, 2012

Beraya

Assalamu'alaikum

Hai ... Apa khabar? Sihat? Saya harap korang sihat la ya.. Okay, disini saya nak upload gambar semasa kami sekeluarga dan sedara mara beraya di rumah pak usu..

Sebenarnya saya belum sembuh lagi demam ni tapi disebabkan adik saya buat permintaan.. dia nak sangat saya upload gambar tu jugak.. sebelum dia ke hostel..

Okay... jadi saya pun terpaksa lah menunaikan permintaan dia..


Yang pakai purdah tu bukan saya ya.. itu adik saya yang number tiga. 















Terima kasih sudi melawat blog saya.. tata..~~ ^^ !

Wassalam.