.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

Assalamu'alaikum

     Hi guys ! Apa khabar semua? Semua macam mana dengan keadaan hari ini ( ahad 13hb mei 2012 ) ?
Hari ini adalah Hari Ibu kan, ? ^^ tapi setelah saya tahu yang Hari Ibu tidak boleh meraihkan jadi saya just biasa-biasa je.. haha ! ^^

     Walaubagaimana pun setiap hari sebenarnya adalah hari ibu, tidak perlu kita nak tunggu time Hari Ibu sahaja baru nak bagi hadiah , meminta maaf dan sebagainya.

    Ok kat sini saya nak tulis apa yang saya baca kat dalam buku and saya nak copy balik , ^^ ! Harap korang enjoy la ya.. Terima kasih.. ^^

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku... ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku ...ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut ... Ma!
Bila bangun tidur, aku cari...ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja..aku dekati ibu

Bila nak bergesel..aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. ibu
Bila merajuk..yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan.. yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut..yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk.. yang aku suka peluk .. ibu
Aku selalu teringatkan..ibu

Bila sedih, aku mesti telefon .. ibu
Bila seronok.. orang pertama aku nak beritahu..ibu
Bila bengang..aku suka luah pada ..ibu
Bila takut, aku selalu panggil..''ibuuuuuuuuuuuuuu''

Bila sakit, orang paling risau adalah.. ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga..ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..ibu

Bila ada masalah,yang paling risau..ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku..ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, ibu

Yang selalu berleter kat aku..ibu
Yang selalu puji aku..ibu
Yang selalu nasihat aku..  ibu
Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok..aku cari pasanganku
Bila sedih..aku cari ibu

Bila berjaya..aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal..aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti..aku bawa pasanganku
Bila sibuk..aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valantine.. aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu..

Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. ibu ingat pada aku
Bila..bila.. aku akan hubungi pasanganku

Entah bila..aku nak telefon ibu
Selalu.. aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila..aku nak belikan hadiah untuk ibuku

Pesan ibu dulu:
   ''Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja..bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak..lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah.'' Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi..bukan lima puluh ringgit..lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu..Al-fatihah, Al-fatihah, Al-fatihah buat ibu tercinta. - The End - sad story :'(  -


    Bila saya habis je baca ayat ni, maka keluar la air mata saya yang tak boleh di takung lagi. Sedihnya..... memang sedih, sebab tu la saya katakan diatas tadi, bukan time waktu Hari Ibu je.. sebenarnya HARI HARI itulah HARI IBU.. Jadi sesiapa yang masih ada lagi Ibu harap korang hargai lah dia.. sebelum dia meninggal kan korang.. ^^ !

     Ok Terima kasih atas sudi membaca dan saya rasa harap korang suka dengan topik kali ini.

" Saya ada kawan
Nama kawan aman
Saya suka kawan
Dan hidup aman. "

" Ikan keli susah nak mati
Bila masak kena ada alas,
Bila hati rasa susah hati,
Cepat-cepat lah mintak maaf. "

Thanks!
Wassalam.

No comments:

Post a Comment