.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Wednesday, May 9, 2012

Saya hodoh



Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai dan melamar saya serta menerima saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik disisi ALLAH s.w.t Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak...

Nak cuba belajar apa yang tertera diatas ini. ^^ ! Dan walaupun ayat diatas itu ramai sangat orang post kat facebook. Tapi ramai lagi girl-girl still tidak berubah. Termasuk diri ini juga ^^ ! Maksud saya tidak berubah adalah dari segi Confidence. ^^ !

Dan saya ada lagi nak dikatakan iaitu :-



OK, terima kasih atas sudi membaca. check it out! Bye. ^^ !

Wassalam.

No comments:

Post a Comment