.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, June 28, 2012

Pokok


Pada suatu hari.. ada seorang lelaki masuk ke dalam hutan, lalu sepanjang dia di dalam hutan dia berehat di bawah pokok seketika. Selepas itu, dia boleh tertidur di situ dengan begitu lena sekali. ^^ !

Sepanjang dia tertidur disitu, dia bermimpi seorang perempuan datang pada dia .. dan perempuan itu berani melamar lelaki itu untuk menjadikan suami ( haha tak tahu la betul ke tak ayat ni, )  Selepas itu, lelaki itu dengan terkejut lalu dia terjaga dari tidur.. ^^ !

Lelaki itu pun terus kan perjalanan .. ( entah lah tak tahu la apa tujuan lelaki ni masuk hutan, haha ^^ ! ) Dia jalan dan berjalan lagi dan jalan lagi,, sampai la dia ternampak satu sungai ni , dia terus tuju pada sungai itu dan dia terus berkhelah sekejap untuk alas perut .

Tetiba, dia ada ternampak ada 5 orang sedang bermain air sungai itu . Tak jauh dari tempatnya. Selepas tu, dia pun pergi lah kat tempat mereka main tu. Dia pun tegur '' Assalamu'alaikum, kamu semua ni da lama masuk kat dalam hutan ni? " Mereka jawap " Wa'alaikumussalam, da lama jugak la, dari pukul 8 pagi kami berjalan. " . Lelaki itu terus berbual-bual untuk memperkenalkan diri sesama lain. ( betul ke tak ayat ni hehe )

Selepas tu , mereka pun pulang dan lelaki itu pun turut sekali join.. Senang sikit ada teman boleh berborak-borak, kalau jalan sorang-sorang , senyap je. takut tu tak de la, orang lelaki mesti kena berani ma.. :)

Oh lupa nak bagi , lelaki yang jumpa mereka di sungai tadi tu , lelaki tau bukan perempuan. ^^ ! ( takut korang salah anggap nanti hehe ^^ ! ) Selepas itu, mereka pun dah sampai ke jalan keluar. Mereka pun balik dan lelaki itu masih tercegat ( maksud nya macam diam kot )  kat dalam kereta .

Dia masih tertanya-tanya pada diri dia, "kenapa aku boleh mimpi perempuan yang melamar aku? Siapa dia? " Hati dia yang bercakap. hehe ^^ ! "Argh! itu mimpi, bukannya kenyataan pun. " orang tu sangka baik. mimpi semuanya bukannya boleh percaya pun.

SELEPAS SEMINGGU KEMUDIAN ..



Dia ada terjumpa seorang perempuan , lalu dia pun tegur , selepas tu mereka pun berkenalan la,, sampai seminggu jugak la lelaki itu berkenalan dengan perempuan tu, niat lelaki tu betul, sebab dia memang nak kawen sangat haha ^^ !

Lelaki itu terus melamar perempuan dan perempuan itu pun setuju.. then mereka pun kawen la... haha ^^ !
Habis cerita.

Sebenarnya saya bosan jadi saya main cerita je la.. so sape yang tak suka tu tak payah layan okay.
^^!
Ok bye
Wassalam

Friday, June 15, 2012

Jodoh

Assalamu'alaikum

Hello semua ^^ ! Apa khabar? Sihat? Saya harap anda semua sihat wal a'fiat . ^^ ! Dah lama saya tak tulis dalam Bahasa English kan? haha ^^ Sebab English saya makin lemah, dan takde siapa yang nak sembang dengan saya dalam Bahasa English.

Okay, hari ini saya nak cakap about Jodoh. Jodoh ni memang susah kita nak cari yang terbaik. Lagi-lagi orang yang kita tak kenal dia dari latar belakang nya tetiba nak kawen dengan dia.. huhu ^^ mushkil tu.

Hm, sebenarnya saya confused ,sebabnya sama ada saya nak pilih orang Malaysia ke atau orang putih. Ikutkan hati nak dua-dua haha ^^ . (mengarut). Kalau saya pilih orang Malaysia mesti nanti saya akan teringat kat orang luar negara yang hidungnya mancung2 tu and mata dia agak stim handsome haha ^^ . Tapi bila saya kawen dengan orang putih pulak, nanti saya akan teringat pada orang Malaysia yang sangat romantik pada kata-kata ayat bahasa yang sejak saya dilahirkan iaitu Bahasa Melayu.

Saya pun kena solat istiharoh dulu, baru tahu jawapanya. Betul kan? ^^ Jawapan semuanya di tangan Allah .
Dan kebetulan hari ni, saya rasa happy sangat hingga tak terkata. Nak tahu kenapa,? First rahsia, kedua rahsia, yang ketiga pun rahsia jugak, haha ^^  Hanya dalam hati ini yang tahu sahaja.

Okay terima kasih sebab luang kan masa dekat sini.
Wassalam

Wednesday, June 13, 2012

Dugaan

Assalamu'alaikum

Hai semua, apa khabar ? sihat? Saya harap kamu semua sihat sejahtera dimana-mana jua. Okay kali ini saya nak cerita kan pasal 'dugaan'. Dugaan ni sebenarnya tak kira perkara itu kecil ke atau pun perkara besar. Dan setiap dugaan tu semuanya ada hikmah. Kekadang dugaan ni boleh membuat kan kita gila, rasa nak mati, dan macam-macam lagi. Kerna kita nak lari dari dugaan itu.

Setiap manusia ada dugaan, ujian, dan masalah, semuanya lain-lain. Mungkin orang ini mampu dengan dugaan ini, ada setengah orang pulak dugaan dia dengan itu.

Ok, sekarang ini umurku sudah makin meningkat ( baru 20 tahun ) tapi keluarga saya ni lain caranya, mungkin keluarga saya ni cara Tabligh. So bila umur 20 tahun dah kira tua dan dah mula rasa resah and nak cepat-cepatkan perkhawinan untuk anak dia.

Saya ni masih ada ayah lagi. So nak pilih-pilih calon ni bukannya kena ikut hati sendiri. Kena ikut pilihan ayah. Umi cakap kat saya, ' Kalau kau dah ada kawan lelaki yang kau suka pergi lah kahwin lari, senang cerita. Kalau ikut ayah kau tu, sampai tua la kau tak kahwin. '  Saya terus tersentap bila umi cakap macam tu, maybe umi takde mood.

Saya tahu diri saya ni pelik, saya ni lincah, ligat, nakal, garang , dan macam-macam lagi la.. Dan orang lelaki pun takut dengan perangai saya. Tapi saya yakin mungkin selepas saya berkahwin , InshaALLAH semuanya akan berubah, tapi my mom cakap 'NO' saya pun macam hmmmm je la..

Umi saya da penat jaga saya, so sebab tu la dia bising-bising kat saya , saya cakap dengan umi, ' Kalau umi nak suruh akak kahwin sangat umi cari lah orang , akak tak memilih pun lelaki mana-mana, tak kisah la dia tu gemuk ke, hitam ke, dan macam-macam lagi.' umi terus jawap ' Ingat senang kahwin ni ' ....

Ya ALLAH ...................................................................................................................

Wassalam.

Saturday, June 2, 2012

Rollerblade

Assalamu'alaikum..

Hello everyone! How are you?? Are you Okay? I hope so.. Okay today I want to speak Malay. Don't be angry yeah! ^^ Hope your enjoy it !.

Hari ini saya nak cerita pasal perjalanan saya ke Kuala Lumpur. Ok, pada malam Sabtu itu (Jumaat), pada pukul 10 lebih malam  saya terfikir nak pergi turun kat Subang Jaya, niat untuk beli Rollerblade sahaja. Bukan untuk melancong ke apa. Sebelum ini kalau pergi KL mesti nak singgah tempat-tempat melancong seperti Times Square, KLCC, etc.. ^^ ! Malam itu saya terus mesej pada tauke kedai jual rollerblade. Dia cakap esok saya bukak kedai (walaupun esok Birthday Agong) . so saya pun mula lah start untuk perancangan nak pergi ke Subang Jaya.

2 June 2012 (Saturday)
6.30 a.m

Saya bangun pukul 6.30 pagi. Ya Allah lambat betul! mesti banyak dosa ni! hehe.. malam semalam tidur lewat, tidur pukul 1.30 pagi memang la lewat bangun. Padan muka dengan diri sendiri. Okay macam biasa lah, solat Subuh and mandi then terus saya beritahu kat ummi yang saya nak pergi ke Subang Jaya. Ummi cakap ''kenapa tak cakap awal-awal.'' saya ni memang suka kalau nak buat satu kerja mesti time tu beritahu tak pernah nak bincang ke apa ke, Hish! bahaya betul budak girl ni!!!! ^^ so dalam 10 minit itu umi pun setuju la, then saya serapan dan terus gerak walaupun saya belum beli tiket lagi, tapi tak pe bus sekarang ni da berlambak dah dan last umi wish '' Jaga diri baik-baik, banyak kan zikir kat dalam bus tu.'' Saya terus senyum ^^ .

8.25 a.m

Saya terus sampai ke Station Bus and kenderaan saya, saya parking kat kawasan yang selamat laa.. ^^ nanti senang, balik tak payah la nak naik tax. Bajet duit ! Then saya terus ke tempat nak beli tiket tapi abang-abang yang jerit terpekik '' KL, KL , KL , JB, JB , JB , MERSING...'' and bla-bla... tetiba abang tu panggil , ''Adik nak pergi mana,?'' saya terus jawap. ''KL!''. Dan masa tu la saya beli kat dia then saya terus naik bus KKKL dengan harga RM25.00 tapi tambah lagi seorang budak kecik ( adik ) RM18.90.

 
Memang best naik bus KKKL. First time naik bus KKKL. Sebelum ni naik SS. Ternasional kot nama dia haha lupa la.. bus tu memang tak best dan tak laju langsung. Tapi kalau KKKL best,sangat pantas and dia macam hormat sikit dengan kitaorang. dan masa pulang pun saya naik bus yang sama jugak.

12.00 p.m

Tepat pada pukul 12.00 tengah hari sampai lah kat TBS. Pas tu saya rehat jap dalam 30 minit tapi rehat kat dalam toilet la hahaha teman adik buang air besar and kecik ^^ .  then saya terus berjalan kaki and beli tiket Kmuter ke KL centre. Pas tu dalam 20minit sampai and saya pergi ke tempat token LRT . pas tu beratur sebab ramai sangat bila sampai depan sekali dalam 25 minit jugak la, jenguh jugak kaki ni. Saya terus tanya kat orang sebelah, saya tanya ''Excuse, kalau nak ke Subang Jaya naik LRT ke? '' Dia cakap " Rasa nya tak , sebab kat sini laluan paling jauh Kelana Jaya. Adik kena naik Kmuter. " saya terus jalan dengan begitu pantas sebab saya nak kejar masa. Then beli la tiket ke Subang Jaya.

Fuhh!! masuk je Kmuter saya terus duduk and lepas kan penat lelah saya ni sekejap, sambil tu baca novel, dengan tetibanya saya leka baca novel tu, saya boleh terlepas .Ya Allah saya terkejut sangat then sampai ke Batu Tiga kot , saya terpaksa turun kat situ and beli tiket baru huhuhu Sedeyyyy !!

Dalam 30 minit jugak lah saya kat dalam tren kmuter tu.. Sampai je Subang Jaya saya terus jalan kaki dengan tak makan lagi tapi saya kesian kat adik saya terpaksa belikan nuget RM1 saya tak makan tak pe tapi kalau dia tak makan saya risau. sebab dia budak kecik kan.. takut-takut dia pengsan pulak, sebab siapa berjalan dengan saya ni mesti kena pantas and penat la siapa berjalan dengan saya hahahaha adik saya cakap '' Agaknya boyfriend akak jalan ngan akak ni guarantee mesti dia pengsan sebab takde rehat langsung nak makan pun kena bajet. '' hahaha.. Jumpa mesjid terus solat jap. ^^

3.00 petang (tak ingat)

Dalam 40 minit or 30 minit saya berjalan kaki lagi dan saya cari kedai wheel love tu, tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak. Sampai kedai tu terus test kejap dengan saiz kaki saya and bayar. Kejap je tak lama dalam 15minit rasanya and tauke tu bagi air 100plus, Ya Allah terima kasih sebab ada jugak orang bagi air 100 plus yang sejuk! sedapnya.. tapi masa tu perut tengah kosong tapi takpe la tawakal je la... yang beri sakit ALLAH bukannya air 100plus tu. ! haha



Masa kat dalam kedai tu saya ada nampak Arnold tau. Dia tu penyampai radio Hitz.fm. saya memang suka kat dia sebab dia sangat kelakar la jugak. Tapi yang sedih nya saya tak tegur dia pun just tengok dia je, nak tegur segan sebab nak speaking English pun tak power macam dia. Dan dalam masa yang sama saya macam tertanya-tanya adakah dia itu arnold. haha..

3.30 petang

Saya terus dengan gerak pantas nya, naik tren ke KL centre dan tukar tren lagi, naik ke Bandar Tasik Selatan. Dalam 55 minit tepat saya dah kat depan jual tiket KKKL tu, dan saya lah orang last sekali beli tiket tu sebab orang tu cakap ''Alhamdulillah... adik orang paling last la yang beli sebab hari ni ramai pulak yang balik ke Kluang.'' ^^

4.30 petang.

Tiba dalam bus, bus tu terus gerak, orang tu cakap ''Kalau adik lambat sikit da terlepas da tadi''.. ^^ . Dalam bus saya terus tidur jap tak lama pun dalam satu jam je haha, pas tu bangun bus tu da berhenti kat seremban untuk sesiapa yang nak buang air kecik. Selepas tu saya da tak boleh nak lelap so saya pun baca la novel .. sampai pukul 7.00 malam saya da tak boleh nak baca sebab gelap. ^^

8.00 malam

Tepat sekali pukul 8, kami dah sampai Station Bus Kluang. pas tu terus saya pergi ke kenderaan saya and balik laaaaaaaaaaa...

Ya Allah terima kasih atas menjaga kami sepanjang perjalanan..
Pergh! memang pecah rekod betul , selalu nya kalau nak pergi jalan jauh-jauh ni saya pergi tidur umah mak uda saya jap pas tu esok nya baru la gerak ke bandar KL. Kiranya dalam 12 jam je kami pergi ke KL and beli barang jap and pulang ke Kluang.

Ok itu sahaja lah yang saya dapat cerita hari ini.. kat bawah ni gambar kasut roda saya yang terbaru , saya da test da, sampai rumah saya makan jap and terus main . Memang best!


Ok terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa, membaca cerita saya ini yang tak berapa best sangat.. bye ! ^^

Wassalam.