.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Saturday, June 2, 2012

Rollerblade

Assalamu'alaikum..

Hello everyone! How are you?? Are you Okay? I hope so.. Okay today I want to speak Malay. Don't be angry yeah! ^^ Hope your enjoy it !.

Hari ini saya nak cerita pasal perjalanan saya ke Kuala Lumpur. Ok, pada malam Sabtu itu (Jumaat), pada pukul 10 lebih malam  saya terfikir nak pergi turun kat Subang Jaya, niat untuk beli Rollerblade sahaja. Bukan untuk melancong ke apa. Sebelum ini kalau pergi KL mesti nak singgah tempat-tempat melancong seperti Times Square, KLCC, etc.. ^^ ! Malam itu saya terus mesej pada tauke kedai jual rollerblade. Dia cakap esok saya bukak kedai (walaupun esok Birthday Agong) . so saya pun mula lah start untuk perancangan nak pergi ke Subang Jaya.

2 June 2012 (Saturday)
6.30 a.m

Saya bangun pukul 6.30 pagi. Ya Allah lambat betul! mesti banyak dosa ni! hehe.. malam semalam tidur lewat, tidur pukul 1.30 pagi memang la lewat bangun. Padan muka dengan diri sendiri. Okay macam biasa lah, solat Subuh and mandi then terus saya beritahu kat ummi yang saya nak pergi ke Subang Jaya. Ummi cakap ''kenapa tak cakap awal-awal.'' saya ni memang suka kalau nak buat satu kerja mesti time tu beritahu tak pernah nak bincang ke apa ke, Hish! bahaya betul budak girl ni!!!! ^^ so dalam 10 minit itu umi pun setuju la, then saya serapan dan terus gerak walaupun saya belum beli tiket lagi, tapi tak pe bus sekarang ni da berlambak dah dan last umi wish '' Jaga diri baik-baik, banyak kan zikir kat dalam bus tu.'' Saya terus senyum ^^ .

8.25 a.m

Saya terus sampai ke Station Bus and kenderaan saya, saya parking kat kawasan yang selamat laa.. ^^ nanti senang, balik tak payah la nak naik tax. Bajet duit ! Then saya terus ke tempat nak beli tiket tapi abang-abang yang jerit terpekik '' KL, KL , KL , JB, JB , JB , MERSING...'' and bla-bla... tetiba abang tu panggil , ''Adik nak pergi mana,?'' saya terus jawap. ''KL!''. Dan masa tu la saya beli kat dia then saya terus naik bus KKKL dengan harga RM25.00 tapi tambah lagi seorang budak kecik ( adik ) RM18.90.

 
Memang best naik bus KKKL. First time naik bus KKKL. Sebelum ni naik SS. Ternasional kot nama dia haha lupa la.. bus tu memang tak best dan tak laju langsung. Tapi kalau KKKL best,sangat pantas and dia macam hormat sikit dengan kitaorang. dan masa pulang pun saya naik bus yang sama jugak.

12.00 p.m

Tepat pada pukul 12.00 tengah hari sampai lah kat TBS. Pas tu saya rehat jap dalam 30 minit tapi rehat kat dalam toilet la hahaha teman adik buang air besar and kecik ^^ .  then saya terus berjalan kaki and beli tiket Kmuter ke KL centre. Pas tu dalam 20minit sampai and saya pergi ke tempat token LRT . pas tu beratur sebab ramai sangat bila sampai depan sekali dalam 25 minit jugak la, jenguh jugak kaki ni. Saya terus tanya kat orang sebelah, saya tanya ''Excuse, kalau nak ke Subang Jaya naik LRT ke? '' Dia cakap " Rasa nya tak , sebab kat sini laluan paling jauh Kelana Jaya. Adik kena naik Kmuter. " saya terus jalan dengan begitu pantas sebab saya nak kejar masa. Then beli la tiket ke Subang Jaya.

Fuhh!! masuk je Kmuter saya terus duduk and lepas kan penat lelah saya ni sekejap, sambil tu baca novel, dengan tetibanya saya leka baca novel tu, saya boleh terlepas .Ya Allah saya terkejut sangat then sampai ke Batu Tiga kot , saya terpaksa turun kat situ and beli tiket baru huhuhu Sedeyyyy !!

Dalam 30 minit jugak lah saya kat dalam tren kmuter tu.. Sampai je Subang Jaya saya terus jalan kaki dengan tak makan lagi tapi saya kesian kat adik saya terpaksa belikan nuget RM1 saya tak makan tak pe tapi kalau dia tak makan saya risau. sebab dia budak kecik kan.. takut-takut dia pengsan pulak, sebab siapa berjalan dengan saya ni mesti kena pantas and penat la siapa berjalan dengan saya hahahaha adik saya cakap '' Agaknya boyfriend akak jalan ngan akak ni guarantee mesti dia pengsan sebab takde rehat langsung nak makan pun kena bajet. '' hahaha.. Jumpa mesjid terus solat jap. ^^

3.00 petang (tak ingat)

Dalam 40 minit or 30 minit saya berjalan kaki lagi dan saya cari kedai wheel love tu, tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak. Sampai kedai tu terus test kejap dengan saiz kaki saya and bayar. Kejap je tak lama dalam 15minit rasanya and tauke tu bagi air 100plus, Ya Allah terima kasih sebab ada jugak orang bagi air 100 plus yang sejuk! sedapnya.. tapi masa tu perut tengah kosong tapi takpe la tawakal je la... yang beri sakit ALLAH bukannya air 100plus tu. ! haha



Masa kat dalam kedai tu saya ada nampak Arnold tau. Dia tu penyampai radio Hitz.fm. saya memang suka kat dia sebab dia sangat kelakar la jugak. Tapi yang sedih nya saya tak tegur dia pun just tengok dia je, nak tegur segan sebab nak speaking English pun tak power macam dia. Dan dalam masa yang sama saya macam tertanya-tanya adakah dia itu arnold. haha..

3.30 petang

Saya terus dengan gerak pantas nya, naik tren ke KL centre dan tukar tren lagi, naik ke Bandar Tasik Selatan. Dalam 55 minit tepat saya dah kat depan jual tiket KKKL tu, dan saya lah orang last sekali beli tiket tu sebab orang tu cakap ''Alhamdulillah... adik orang paling last la yang beli sebab hari ni ramai pulak yang balik ke Kluang.'' ^^

4.30 petang.

Tiba dalam bus, bus tu terus gerak, orang tu cakap ''Kalau adik lambat sikit da terlepas da tadi''.. ^^ . Dalam bus saya terus tidur jap tak lama pun dalam satu jam je haha, pas tu bangun bus tu da berhenti kat seremban untuk sesiapa yang nak buang air kecik. Selepas tu saya da tak boleh nak lelap so saya pun baca la novel .. sampai pukul 7.00 malam saya da tak boleh nak baca sebab gelap. ^^

8.00 malam

Tepat sekali pukul 8, kami dah sampai Station Bus Kluang. pas tu terus saya pergi ke kenderaan saya and balik laaaaaaaaaaa...

Ya Allah terima kasih atas menjaga kami sepanjang perjalanan..
Pergh! memang pecah rekod betul , selalu nya kalau nak pergi jalan jauh-jauh ni saya pergi tidur umah mak uda saya jap pas tu esok nya baru la gerak ke bandar KL. Kiranya dalam 12 jam je kami pergi ke KL and beli barang jap and pulang ke Kluang.

Ok itu sahaja lah yang saya dapat cerita hari ini.. kat bawah ni gambar kasut roda saya yang terbaru , saya da test da, sampai rumah saya makan jap and terus main . Memang best!


Ok terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa, membaca cerita saya ini yang tak berapa best sangat.. bye ! ^^

Wassalam.

21 comments:

  1. beli ktmne ni..hrge brpe eak..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum amy aniz, Saya betul-betul minta maaf kerana terlalu lama tidak membalas komen awak. Harga kasut roda di atas ni RM499. Terima kasih atas sudi membaca blog saya. :)

      Delete
  2. salam.
    erm, nak emel bole? nak tnya something ngan awak.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam azni_1405. Saya minta maaf kerana tidak balas komen awak. Boleh, ini email saya ya. keinsafandiri@gmail.com

      Delete
  3. assalamualaikum,sy panggil qasih ye,nk tanye..kt mane tu kedainye,ade alamat tak,boleh reply kt email add sy,puteri_haida@yahoo.com.

    ingat nk hadiahkan utk suami,harijadi die bln mac nnt. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Jannah. Ini alamat kedainya, 28 Jln SS15/4, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

      Delete
  4. Assalamualaikum

    Sy berminat baca perjlnan anda ke kl semata2 utk membeli rollerblades n sy jugak ade melihat video di youtube tp sy xsure adakah anda punye video @ bukan..... Sy org kluang jugak tp bekerja di kl n berminat main rollerblades..... Sy bangga sebab ade jugak org kluang yg minat dlm bidang yg same.....

    Boleh sy tau jenis kasut ape yg anda gunakan..... Tayar jenis ape n bearing ape yg anda pakai...... Sy buat mase ni hanye guna razors tp wheel n bearing sy rase masih xcukup utk freestyle......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Ya, Saya memang ada video di youtube nama channel tu " Hilyah Muslimah " Terima kasih atas sebab meluangkan masa awak disini. :)

      Kasut roda saya yang saya gunakan hari ini adalah " freestyle " tayar " seba " bearing saya tak tahu namanya. maaf.

      Sekiranya awak hendak beli kasut roda, boleh singgah di FB nama page tu " Jom Skate Shop "

      Terima kasih. ^_^

      Delete
  5. Salam
    Saya xbegitu ariff dgn Rollerblade nih..
    Permintaan my 3years old daugther nk sngt rollerblade..Browsing2 Alhamdulillah jmpa blog anda... rupanya kedainya dekat shj ngan rumah sya.
    Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Ariffinkamil..
      Terima kasih sangat-sangat atas sudi membaca blog saya.

      Delete
  6. assalamualaikum...wah akk teringin pulak nak main roller blade ni...search jumpa blog awak...kagum sungguh sebab awk dari kluang dtg subang jaya semata-mata nak beli roller blade...huhuhu syabas! btw nice blog..n selamat berkenalan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, hai kak bunga :) terima kasih atas sudi membaca yg serba kekurangan... btw nice to meet you too :)

      Delete
  7. Boleh datang ke Taman Tasik Titiwangsa juga untuk main rollerblade

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati ini memang da lama nak pergi tapi belum ada masa yg sesuai lagi :)

      Delete
  8. KAT AREA2 JOHOR X ADA JUAL KER???? SAYA PON TERINGIN NAK BELI.. PUAS CARIK TP X JUMPA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak Johor dari mana? saya rasa di Dataran Tasik kluang dah ada tempat sewa kasut roda ni.. cuba la kesana ye :)

      Delete
  9. awak bli roller blade ni kat mne eh??i mean specific tempat..hrge bpe??bley tao x sis??huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. roller blade ni saya beli di subang , dan masa tu harga dalam 4,5 ratus gitu...

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. http://nolskateputrajaya.blogspot.com/

    ReplyDelete