.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Wednesday, June 13, 2012

Dugaan

Assalamu'alaikum

Hai semua, apa khabar ? sihat? Saya harap kamu semua sihat sejahtera dimana-mana jua. Okay kali ini saya nak cerita kan pasal 'dugaan'. Dugaan ni sebenarnya tak kira perkara itu kecil ke atau pun perkara besar. Dan setiap dugaan tu semuanya ada hikmah. Kekadang dugaan ni boleh membuat kan kita gila, rasa nak mati, dan macam-macam lagi. Kerna kita nak lari dari dugaan itu.

Setiap manusia ada dugaan, ujian, dan masalah, semuanya lain-lain. Mungkin orang ini mampu dengan dugaan ini, ada setengah orang pulak dugaan dia dengan itu.

Ok, sekarang ini umurku sudah makin meningkat ( baru 20 tahun ) tapi keluarga saya ni lain caranya, mungkin keluarga saya ni cara Tabligh. So bila umur 20 tahun dah kira tua dan dah mula rasa resah and nak cepat-cepatkan perkhawinan untuk anak dia.

Saya ni masih ada ayah lagi. So nak pilih-pilih calon ni bukannya kena ikut hati sendiri. Kena ikut pilihan ayah. Umi cakap kat saya, ' Kalau kau dah ada kawan lelaki yang kau suka pergi lah kahwin lari, senang cerita. Kalau ikut ayah kau tu, sampai tua la kau tak kahwin. '  Saya terus tersentap bila umi cakap macam tu, maybe umi takde mood.

Saya tahu diri saya ni pelik, saya ni lincah, ligat, nakal, garang , dan macam-macam lagi la.. Dan orang lelaki pun takut dengan perangai saya. Tapi saya yakin mungkin selepas saya berkahwin , InshaALLAH semuanya akan berubah, tapi my mom cakap 'NO' saya pun macam hmmmm je la..

Umi saya da penat jaga saya, so sebab tu la dia bising-bising kat saya , saya cakap dengan umi, ' Kalau umi nak suruh akak kahwin sangat umi cari lah orang , akak tak memilih pun lelaki mana-mana, tak kisah la dia tu gemuk ke, hitam ke, dan macam-macam lagi.' umi terus jawap ' Ingat senang kahwin ni ' ....

Ya ALLAH ...................................................................................................................

Wassalam.

2 comments:

  1. Buat advertisement 'saya nak kahwin,sape sudi kahwin ngn sy' :p

    Perangai anda x kn berubah,tp insyaallah dpt suami yg lembut,sabar etc yg match ngn anda :)

    ReplyDelete