.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Friday, July 27, 2012

Kecewa

Assalamu'alaikum....


Hi.. Apa khabar semua? Sihat? Saya harap siapa yang membaca ni, dia sihat belaka.. haha ^^ ! Ok sebelum saya berbicara, saya hendak berikan satu ucapan pada semua ummat islam. 

 Selamat Menunaikan Ibadah Puasa...  ^^ ! 

Hmm.. pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa, betul tak? Alhamdulilah semuanya ok. Tahun ni saya puasa rasa macam lagi best dari sebelum ni... sebab ?? hmm itu saya rasa tak boleh nak ceritakan sebabnya saya pun tahu jawapannya, haha ^^ ! Apa-apa pun... saya rasa seronok sangat sekarang ni.. :) 

Oppss mesti korang akan tertanya-tanya kenapa saya tulis tajuk kali ni " KECEWA " .. Nak tahu .. okay. tapi.. korang tak kisah kan saya cerita kat sini.. haha ^^ ! hmm biarlah.. saya nak cerita jugak.. *__* 

Ok firstly saya ada kawan baik, lepas tu... umi saya nak sangat saya kawen.. haha ^^ ! biasa lah.. mak .. dia nak sangat anak dia kawen cepat.. and dia pun dah tak sabar nak timbang cucu.. tapi apa salahnya umi je yang beranak, lagi pun umi muda lagi kan.. ( senyum ada makna ) :) 

Lepas tu... umi pun cakap la.. 

Umi : Cuba tanya kat kawan baik kakak tu .. dia nak kawen tak dengan kakak .. ?
Saya : Kakak da cuba tanya , tapi ..........
Umi : Tapi apa? 

Saya pun bercerita lah kepada umi, apa yang kawan baik saya sampaikan pada saya.. 

Umi : ........ ( umi hanya diam dan terus bad mood.. dan hati dia rasa macam kecewa )
Saya : Umi.. akak dengan kawan akak tu hanya kawan baik lah umi.. tak lebih apa-apa pun..
Umi : ..... ( umi terus diam sahaja then terus masuk bilik dia.. tak tahu la dia buat apa ... ) haha ^^ !

So .. kecian jugak tengok umi .. umi pulak yang kecewa, yang saya ni?? ketawa pulak.. haha ^^ ! Betul lah. saya dengan kawan saya .. cuma kawan baik.. dan saya tak nak hati ni menangis pada orang yang bukan halal..... dan jugak... tak suka la hati saya ni di kecewakan pas tu menangis tak tentu pasal, so kalau terjadi apa-apa pun kita akan jadi orang yang tidak ada masalah..cool and relax  ^^ !

Lastly saya nak tutup cerita ni dengan ucapan saya ( ayat saya tak hebat mana pun ) iaitu

Tak perlu lah kita letak pada seseorang itu dengan seratus peratus.. Hanya lima puluh peratus sahaja..
Tapi bila dia dah jadi milik kita (nikah) , baru lah letak lapan puluh peratus.... dua puluh peratus tu hanya simpan dulu..  ( simpan untuk tua lah ) .... hahaha ^^ !

Ok lah saya rasa itu je la yang saya nak ceritakan hari ni.. Saya nak pergi sambung balik kerja saya iaitu baca novel yang bertajuk " Pukul 3:00 Pagi " penulis Aina Emir .

Selamat malam dan jangan lupa niat puasa untuk esok.. dan lagi satu jangan lupa buat adab tidur ya.. ok Bye. ^^ !
Wassalam. 

No comments:

Post a Comment