.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Tuesday, July 3, 2012

Pakaian

Assalamu'alaikum...

Hi semua, apa khabar hari ni? Sihat? Saya harap anda kalian semuanya sihat di samping teman-teman and sekeluarga yang tersayang. Hari ni topik saya, nak cerita tentang pakaian. Okay, hari ini ( hari Selasa / 3 Julai 2012 ) saya akan pergi ke Tasik Putih, Kluang Johor, untuk bermain kasut roda.

Memang tiap-tiap hari saya akan pergi ke situ selepas saya solat Asar. Sehinggalah pukul 7.00 mlm. Semasa saya on the way ke Tasik, hati saya memang cool and happy. Tiba sampai disana, saya pun parking lah... kemudian, ada seorang hamba ALLAH yang mulia dan berketurunan mamak tegur saya....

Mamak : Hi adik, boleh tanya tak?
Saya : Boleh. ( hati saya memang tak sedap hati.)
Mamak : Kenapa you pakai tutup muka? Ikut cara apa ?
Saya : Saya tutup muka ni adalah sunnah nabi.
Mamak : Kalau you ikut sunnah nabi kenapa tak ikut cara nabi betul-betul..
Saya : .............. ( diam je dan hati saya sedih dan rasa nak menangis kat situ jugak..  )
Mamak : bla bla bla bla bla bla ( dia membebel apa yang dia suka... )

 Okay ,  saya sebenarnya tak kuasa lah nak lawan-lawan bercakap ni, maksudnya berdebat dalam bab agama. sebab saya ni bukan nya arif sangat , cuma saya tahu sikit-sikit je.. so kat sini saya sedih sebab soalan dia tu macam dia tak minat orang pakai purdah.

Saya nak je jawap kat mamak tu , kenapa pakcik tak nak tegur budak perempuan yang seksi , dan pergi tanya perempuan tu , " you ikut pakaian seksi ni cara apa? " Hah !! kenapa tak tanya macam tu je kat perempuan dalam tasik ni???  Bukan saya cepat melenting bila di tegur , tapi cara dia tu macam tak suka cara saya pakai, kalau tak suka, tutup mulut la!! tak payah la nak mengomel-gomel.

Maafkan saya andai saya terkasar bahasa.
bye wassalam.

2 comments: