.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, August 30, 2012

Merdeka

Assalamu'alaikum

Hai semua.. Sihat? Saya harap korang sentiasa sihat dan senyum selalu... Saya disini alhamdulillah sihat disampingi keluarga saya yang tercinta.

Okay hari ini adalah hari kemerdekaan bagi Malaysia yang ke 55. Semua orang cuti, jalan pun sesak dengan sambutan merdeka ni .

Esok saya da start kerja dan belajar. So saya nak focus pada pelajaran saya tu.. dan saya nak pelajaran saya tu sampai berjaya..

Mungkin saya akan selalu di twitter, facebook saya akan online bila saya nak buat catatan yang baru. Dan saya akan online seketika.. :)

Dalam sibuk belajar, saya tetap akan main kasut roda saya tu pada setiap petang. Tak kiralah kat mana-mana pun. Yang penting saya nak belajar sikit demi sikit tentang style slalom ni.

InshaALLAH bulan 10 saya akan turun ke KL.  sekiranya saya tidak ada halangan apa-apa.. ^^ ! Saya nak jumpa orang yang main kasut roda nanti.. Rasa tak sabar pulak.. :D

Okay lah saya nak pergi kemas bilik. Jumpa lagi dalam masa akan datang , tapi ingat jangan lupa, selalu-selalu lah singgah blog saya.

Bye. Wassalam

Wednesday, August 29, 2012

Beraya

Assalamu'alaikum

Hai ... Apa khabar? Sihat? Saya harap korang sihat la ya.. Okay, disini saya nak upload gambar semasa kami sekeluarga dan sedara mara beraya di rumah pak usu..

Sebenarnya saya belum sembuh lagi demam ni tapi disebabkan adik saya buat permintaan.. dia nak sangat saya upload gambar tu jugak.. sebelum dia ke hostel..

Okay... jadi saya pun terpaksa lah menunaikan permintaan dia..


Yang pakai purdah tu bukan saya ya.. itu adik saya yang number tiga. 















Terima kasih sudi melawat blog saya.. tata..~~ ^^ !

Wassalam.

Sunday, August 26, 2012

Selepas Puasa 6

Assalamu'alaikum..

Hi... Hari ini adalah hari raya bagi orang yang berpuasa '' PUASA ENAM " . Jadi kami sekeluarga barulah boleh bergerak beraya dirumah kawan-kawan, dan sedara-mara.

Tapi berbeza sangat orang puasa 6 ni dengan puasa bulan Ramadhan, memang lain sangat. Antaranya, tak de suasana, pas tu syaitan pun dah boleh goda kita, ( hihihih ^^ ! )

Alhamdulillah, macam mana pun keadaan saya dapat jugak menghabiskannya. Syukur padamu ya ALLAH.. :)

Okay, hari ini saya nak ceritakan pasal kami sekeluarga beraya dirumah Pak Usu saya..

Selepas kami siap je terus bergerak ke rumah pak usu, ala.. dekat je.. kalau jalan kaki dalam 25 minit tapi kalau naik kereta tak sampai 5 minit pun.

Sampai sana je terus ALLAH bagi hujan rahmat.. ^^ ! Masa tu saya dalam keadaan pening kepala, tak tahu lah tetiba je datang sakit kepala ni. Tapi apa-apa pun saya tetap kuat . hihihi..

Dibawah ini gambar hidangan dirumah pak usu.

Sedap jugak :)
Mee kuning bersama dengan daun sup
Kuah mee hailam
Rendang 
Nasi impit 

kek pisang 

Okay la, itu sahaja yang saya boleh upload gambar sebabnya pertama mata ngantuk kedua internet ni tetiba lembab pulak , pas tu macam leceh nak tunggu dia kan so.. baik tidur dan esok boleh sambung lagi .. Nanti saya nak letak gambar semasa kami dirumah pak usu saya.. Kita tungguuu... ^^ !

Selamat malam dan Wassalam.

Thursday, August 23, 2012

Berbuka Puasa Yang Terakhir

Asslamau'alaikum ..

Hi, ! ^^ ...

Hmm.. Apa khabar semua? Best tak beraya? Dah banyak belum duit raya?

Okay lah , saya tak nak buang masa lagi, Saya nak tunjuk kan gambar kali terakhir berbuka puasa dirumah nenek .. Sorry lah kalau lambat, sebab ingat masa tu nak upload gambar ni pada malam raya tapi, masa tu malam lailatul jaizah. Malam hadiah tu! kita doa je apa-apa yang kita nak.

Gambar tu saya hanya tangkap menggunakan phone sahaja. :)

Semua tengah layan diri 


Pak usu , ayah, adik , dan sepupu


:) 

Monday, August 20, 2012

Hari Raya Pertama

Assalamu'alaikum...

Hi semua.... Nak tahu tak semalam, satu hari suntuk saya asyik makan je... haha ^^ ! Yela, pagi tu serapan kat umah nenek, pas tu lepas habis solat sunat Hari Raya , terus salam-salaman dan bermaaf-maafan. Tapi sayangnya, saya terlupa nak bawak camera... huhuhuhuhu .. tapi tak pela, asalkan boleh cerita kat sini pun jadi lahh.. :)

Tengahari pulak, kami sekeluarga terus ke rumah Pak Ndak saya pas tu makan lagi. Makan ketupat, laksa pining, nasi kambing, dan sebagainya.. memang kenyang habis lah,

Lepas Zohor, kami terus bergerak ke kampung belah ayah pulak. Kejap je, dalam 20 minit sampai lah. Sampai sahaja di sana, saya terus makan. Makanannya seperti biasa laa.... ( dah 3 kali aku makan ^^ ! )

Lepas Asar, kami beraya dirumah Tok Ngah dan rumah kawan ayah... masa rumah Tok Ngah saya makan jugak, dan begitu jugak rumah kawan ayah saya.. hidangannya pun sama jugak, ( ketupat, rendang, lemang dan sebagainya.. )

Dalam siang hari saya makan 5 pinggan, tapi bila malam saya tak makan pun hanya minum air je. ^^ ! ... sebab malam untuk proses perut. Dah penuh sangat tangki makanan saya .. ^^ !

Ok, disini saya hanya dapat tangkap gambar sikit je, tak banyak pun tapi masalahnya, dalam gambar semua tu, saya tak de. Sebab saya yang tukang ambil gambar.. hahaha ^^ ! tak pe la, asal kan saya OK. ^^ !


Baru lepas habis makan

Mak uda nak bagi duit raya....yeyyy

Salam-salaman sebelum balik

baru lepas habis beraya 

action jap sebelum masuk rumah nenek ... 

peace ! 

adik second and last 

Ummi and adik yang ketiga

Jadi model jap 

chewahh.... 

handsome tak?

tengok perigi untuk tenang kan jiwa.. hahaha 

^__^ 

Budak ini suruh tangkapkan gambar masa nak buka kasut dia tu.... 
Ini gambar kat rumah Tok Ngah saya
Sedapnya dia minum air..

Friday, August 10, 2012

Persiapan Raya

Assalamu'alaikum...


Halluuu...  ^^ ! hihihi... Rindunya hai...Okayyy, macam mana dengan persiapan korang untuk raya? Mesti ada yang dah standby awal-awal dan ada yang dah siap baju raya tu sebelun bulan Ramadhan right. ^^ !

Baju raya saya punya?! Oh,, saya rasa,, saya kena pakai baju raya tahun lepas lah nampak nya.. sebab baju tahun lepas tu nampak macam molek lagi. Baju raya memang dah beli tapi nampak macam ketat pulak. haha ^^ !

Baju raya warna tahun ni, warna kelabu. Tapi rasanya tak nak lah pakai sebab badan saya dah mula naik.. huhuhuhu .... so kena pakai baju tahun lepas , warna purple. ^^ !

Tak kisah lah orang nak kata apa pun, yang penting bersih, molek, dah cukup! :)

Kuih Raya? Hmm just beli kerepek je lah.. hahaha... senang, dan ringkas.

Kasut ? Saya suka kasut yang tinggi, bukan yang kasut tumit tinggi tu, dia macam kasut tropa ( tak tahu lah apa ejaannya main hentam je la hihi ) yang orang guna kat dalam 'tandas' haha ^^ ! Tapi kasut tu jenis moden ya.. InshaALLAH kali ni saya beli kasut sarung je, senang sikit. Tengok lah macam keadaan.. tengah fikir lagi :)

Sebenarnya, apa yang barang kita tu masih boleh guna lagi, tak perlu lah kita nak tukar yang baru. Seperti macam rumah mak saya, langsir .. umi saya tak akan tukar selagi langsir tu masih boleh digunakan. Bila kotor basuh. kan senang. Jimat sikit duit. ^^ !

Hmm lagi apa yang nak cakap kan lagi ya... Rasanya sampai disini kot, ^^ ! Okay , saya nak undur diri dulu.
Wassalam.

Friday, August 3, 2012

Nikah

Assalamu'alaikum..


Hi.. Hari ni saya nak kongsikan cerita saya mengenai 'nikah' . Sebelum itu, saya memang nak kawen pun, tapi di sebabkan ada macam-macam halangan. So sekarang ni , ( hmmmm macam mana lah nak cerita ni... *__*  )

Ok lah, macam ni ... Saya sekarang ni, tengah mencari seorang lelaki untuk dalam hidup saya.. Tak pe lah biar lah orang nak kata apa.. Perkara baik kan.. ^^ ! ( cewahh ... dengan tak malunya aku ni )

Saya kalau boleh nak lelaki tu tengah belajar . Kenapa??? sebab saya suka pada lelaki yang sedang belajar ni .... Yela tapi kenapa suka orang yang sedang belajar lagi??? Sedang kan ramai lagi lelaki yang sudah bekerja... Ya,,, Saya tahu, tapi memang hati ni terpikat pada lelaki yang sedang belajar.. tak kira lah pada usia, yang penting dia tengah belajar. Jadi engkau nak kacau lelaki yang sedang belajar dan suruh dia nikah dengan engkau??? Tak! saya tak kacau , tapi saya akan berbincang dengan dia, sama ada dia setuju or tidak.

Apa sebabnya saya suka lelaki yang sedang belajar, adalah, nanti bila selesai nikah saya dan dia tidak duduk satu rumah. hihihih ^^ ! Lepas tu, kalau saya nak pergi mana-mana boleh dia teman kan , ibarat macam couple, tapi couple kami ni sudah menjadi halal.. jadi kalau masa tu dengan tak sengaja, semua akan menjadi halal, dan pahala..

Saya tidak akan larang dia nak belajar berapa lama mana pun.. Yang penting saya dah digelar Isteri.. itu lah yang saya nak.. Saya tak nak single lama-lama.. Yang penting saya dah ada pasangan yang halal.. itu pun dah cukup, saya tak nak lah pasangan tu belum akad nikah, rasa macam berdosa , bukan macam-macam dah.. memang dah dosa pun!!

Then bila pasal nafkah pulak, saya rasa , kalau si dia tu tengah belajar, biar lah parent dia tanggung dia, dan saya dengan parent saya. Senang kan .. Tapi kawen ni bukan nya macam main masak-masak. Ini adalah seumur hidup .

Kena fikir panjang, sebelum ia bertindak.. Tapi saya memang pasti, saya dah bersedia nak menghadapi semuanya.. Saya nak nikah untuk selamatkan IMAN saya.. Senang saya nak pergi sana sini, bila dia ada bersama dengan kita.

Ok lah , Saya minta maaf sekiranya apa yang saya cakap ni salah, Saya insan yang lemah.
Wassalam.

Wednesday, August 1, 2012

Merepek

Assalamu'alaikum...


Hi ... apa khabar semua? sihat? Okayyyy.., saya pasti, dan yakin pada yang setia membaca blog saya ni, mesti dia sihat wal a'fiat.. disampingi keluarga dan kawan-kawan... ^^ !

So.. hari ini saya nak cerita apa-apa sahaja... sebab???  nak tahu..??? jom kita bazir kan masa kejap dekat sini..... ! ^^ !

Pagi tadi saya bangun seperti biasa dalam pukul 4.00 pagi.. pas tu buat lah perkara yang sama .. mesti korang tahu kan.. kalau yang nak tahu sangat boleh je cakap tapi .. macam tak molek pulok .. hihi.. ok-ok saya cakap jugok la... saya solat sunat jap pas tu baca yassin.. then online lah apa lagi.. ^^!

Pertama sekali saya akan online facebook dulu, pas tu baru yang lain seperti twitter, ym, skype, email, youtube .. dan macam-macam lagi lah.. ^^ !

Pukul 5.30 pagi.. saya terus sahur..menu hari ni... lauk ikan lemak cili api. dan air milo.. dan kurma 2 biji je.. ^^ ! Pas tu terus siap-siap untuk solat fardhu subuh..

Selalunya lepas solat subuh , saya mesti tadarus sampai mata ngantuk .. pas tu saya akan terus tidur ... TAPI !!!!! kenapa hari ni tak ngantuk maa.....!! tadi saya ngaji dalam setngh jam pas tu sambung balik online.. zaman sekarang kan dah mudah , nak online semua tu guna henset pun dah cukup..

Ok, saya pun online macam biasa, pas tu dalam pukul 7.30 pagi lebih, saya dapat kawan baru dari Austria ... Hmm mungkin saya tak boleh tidur sebab otak belah kiri saya sedang berjalan.. untuk mencari ayat-ayat dalam bahasa inggeris. Mungkin jugak kan?! .. patut lah tak boleh nak tidur, tapi ni asbab.. ! Yang beri tidur tu semuanya kehendak ALLAH S.W.T.. 

Lepas tu berborak ngan umi kejap... sampai pukul 9.30 pagi saya terus ke bank untuk bayar duit internet. Sampai je rumah, dapat call dari auntie, suruh ambil dia kat hospital...

Dalam perjalanan tu, saya berbual lagi ngan umi.. ( Tak habis-habis berborak ngan umi .. sebab umi la kawan sejati kita dari kecik hingga lah sekarang, ^^ ! )

Saya : Umi, akak nak pergi luar negara orang putih boleh tak? tak pun paling dekat Singapore..

Umi : Banyak duit akak,!  Hmm.. nak pergi tu boleh, tapi yang paling penting umi nak akak kawin dulu.. Lepas tu bawa suami tu pergi jalan jauh-jauh pun tak pe.. Umi risau lah anak umi pergi naik flight sorang-sorang. Bahaya..

Saya : Umi, akak pandai jaga diri, InshaALLAH ALLAH akan jaga akak ..

Umi : Memang lah , tapi tak elok la sayang..

Saya : Hmm... ( hanya terdiam dan memikirkan sesuatu. tapi tak tahu nak fikir apa.. hihi ^^ !)

Umi : Eh, Akak sekarang dah pandai cakap 'omputih' belum?

Saya : Belum, still kekok and tergagap macam orang baru nak berlatih cakap..

Umi : Haaaa ... Akak kena fasih dulu dalam bahasa 'omputih' .. Nanti dah pandai umi nak dengar. Pas tu kalau dah lulus .. umi izinkan kamu pergi jalan-jalan..

Saya : Yeke ni.. Macam tak percaya je..

Umi : Tengok tu, bila umi bagi semangat, dia pulak yang main-main..

Saya  : Hehehe .. Sorry....

Sampai je di hospital , saya pun angkut lah auntie dan nenek saya tu ke dalam kereta,...  ^^ !

Hmm.. saya dah mula tak ada idea ni .. so, setakat ni je lah yang saya nak taip untuk hari ni.. Tapi apa-apa pun.. saya tak boleh nak tidur ni!! Sabar je la....

Ok Terima kasih banyak-banyak sebab luang kan masa kat dalam ni, walaupun tak best jalan cerita nya .. saya minta maaf sangat-sangat.. I'm Sorry ^^ ! ...

Wassalam.