.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Friday, August 3, 2012

Nikah

Assalamu'alaikum..


Hi.. Hari ni saya nak kongsikan cerita saya mengenai 'nikah' . Sebelum itu, saya memang nak kawen pun, tapi di sebabkan ada macam-macam halangan. So sekarang ni , ( hmmmm macam mana lah nak cerita ni... *__*  )

Ok lah, macam ni ... Saya sekarang ni, tengah mencari seorang lelaki untuk dalam hidup saya.. Tak pe lah biar lah orang nak kata apa.. Perkara baik kan.. ^^ ! ( cewahh ... dengan tak malunya aku ni )

Saya kalau boleh nak lelaki tu tengah belajar . Kenapa??? sebab saya suka pada lelaki yang sedang belajar ni .... Yela tapi kenapa suka orang yang sedang belajar lagi??? Sedang kan ramai lagi lelaki yang sudah bekerja... Ya,,, Saya tahu, tapi memang hati ni terpikat pada lelaki yang sedang belajar.. tak kira lah pada usia, yang penting dia tengah belajar. Jadi engkau nak kacau lelaki yang sedang belajar dan suruh dia nikah dengan engkau??? Tak! saya tak kacau , tapi saya akan berbincang dengan dia, sama ada dia setuju or tidak.

Apa sebabnya saya suka lelaki yang sedang belajar, adalah, nanti bila selesai nikah saya dan dia tidak duduk satu rumah. hihihih ^^ ! Lepas tu, kalau saya nak pergi mana-mana boleh dia teman kan , ibarat macam couple, tapi couple kami ni sudah menjadi halal.. jadi kalau masa tu dengan tak sengaja, semua akan menjadi halal, dan pahala..

Saya tidak akan larang dia nak belajar berapa lama mana pun.. Yang penting saya dah digelar Isteri.. itu lah yang saya nak.. Saya tak nak single lama-lama.. Yang penting saya dah ada pasangan yang halal.. itu pun dah cukup, saya tak nak lah pasangan tu belum akad nikah, rasa macam berdosa , bukan macam-macam dah.. memang dah dosa pun!!

Then bila pasal nafkah pulak, saya rasa , kalau si dia tu tengah belajar, biar lah parent dia tanggung dia, dan saya dengan parent saya. Senang kan .. Tapi kawen ni bukan nya macam main masak-masak. Ini adalah seumur hidup .

Kena fikir panjang, sebelum ia bertindak.. Tapi saya memang pasti, saya dah bersedia nak menghadapi semuanya.. Saya nak nikah untuk selamatkan IMAN saya.. Senang saya nak pergi sana sini, bila dia ada bersama dengan kita.

Ok lah , Saya minta maaf sekiranya apa yang saya cakap ni salah, Saya insan yang lemah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment