.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Sunday, August 26, 2012

Selepas Puasa 6

Assalamu'alaikum..

Hi... Hari ini adalah hari raya bagi orang yang berpuasa '' PUASA ENAM " . Jadi kami sekeluarga barulah boleh bergerak beraya dirumah kawan-kawan, dan sedara-mara.

Tapi berbeza sangat orang puasa 6 ni dengan puasa bulan Ramadhan, memang lain sangat. Antaranya, tak de suasana, pas tu syaitan pun dah boleh goda kita, ( hihihih ^^ ! )

Alhamdulillah, macam mana pun keadaan saya dapat jugak menghabiskannya. Syukur padamu ya ALLAH.. :)

Okay, hari ini saya nak ceritakan pasal kami sekeluarga beraya dirumah Pak Usu saya..

Selepas kami siap je terus bergerak ke rumah pak usu, ala.. dekat je.. kalau jalan kaki dalam 25 minit tapi kalau naik kereta tak sampai 5 minit pun.

Sampai sana je terus ALLAH bagi hujan rahmat.. ^^ ! Masa tu saya dalam keadaan pening kepala, tak tahu lah tetiba je datang sakit kepala ni. Tapi apa-apa pun saya tetap kuat . hihihi..

Dibawah ini gambar hidangan dirumah pak usu.

Sedap jugak :)
Mee kuning bersama dengan daun sup
Kuah mee hailam
Rendang 
Nasi impit 

kek pisang 

Okay la, itu sahaja yang saya boleh upload gambar sebabnya pertama mata ngantuk kedua internet ni tetiba lembab pulak , pas tu macam leceh nak tunggu dia kan so.. baik tidur dan esok boleh sambung lagi .. Nanti saya nak letak gambar semasa kami dirumah pak usu saya.. Kita tungguuu... ^^ !

Selamat malam dan Wassalam.

No comments:

Post a Comment