.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Friday, September 28, 2012

Lelaki Idamanku

Assalamu'alaikum...

Hai semua... wa..... rindunya kat korang semua, termasuk my blog ni.. muah muah muah muah muah.... Sorry la sebab terlalu sibuk sangat dengan diri ni.. hahahaha ( sibuk la sangat. )

Okay hari ni saya nak ceritakan ciri-ciri idaman lelaki yang saya suka ... heheheh ^^ !

Pertama sekali saya suka pada "hidung" dan "bibir". Nak tahu kenapa? mestilah nak tahu kan.. hahaha.. ~ sebab hidung mancung dan bibir nipis ni agak cute. cewah~

Yang kedua "tinggi" sebab saya ni rendah so memang test saya adalah tinggi.. hahaha ^^ !

Yang tadi tu adalah sifat pada anggota , kalau tak dapat redho je la.. ~

Okay seterusnya ~

Saya suka dia pandai dalam bab ilmu agama pastu yang faham karenah saya yang bermacam-macam cerewet so kena sabarlah dengan perangai saya ni, hahahaha ~

Rokok??? alamak itulah yang saya tak boleh tahan dengan hidung saya ni! Sebab saya memang tak suka asap, semua asap memang saya tak boleh tahan, asap sampah ke, asap nyamuk ke , dan macam-macam asap saya tak boleh nak tahan.

Pakaian - saya suka orang lelaki smart, berkasut sukan or kasut apa-apa je cuma kasut pergi kerja yang warna hitam tu kurang sebab dah macam pakcik je.. hahahaha , baju jenis kemeja berlengan panjang. kalau t-shirt jenis ada colar ( entah la ejaannya macam mana hahaha ) pastu sweater, seluar jeans or apa-apa je. ( sebenarnya lebih bagus pakaian sunnah pun ok jugak )

Mesti dia pandai masak, sebab saya ni memang tak suka masak ( kekadang tu suka la So sesape yang baca ni mesti terkejut kan ! lalaalala )

Rajin dan tahu dalam bab rumah macam contoh kemas, basuh baju, and banyak la yang dalam rumah ni dia kena faham. - saya tak malas cuma satu hari saya sakit dia boleh ganti tempat saya kejap. Betul tak???

Dia mesti penyayang... indahnya~ opps!!! bukan dengan saya je... dia mesti penyayang dekat anak-anak dia, tak nak la asyik marah and garang kat anak tu, nanti anak tu tak suka tau, sampai besar dia tak akan ingat kat ayahnya.

Okay itu je la , lepas ni saya ada kelas Tutorial English kat Erican. Pukul 7.30 mlm start kelas.

Jumpa akan datang ~

Wassalam.

No comments:

Post a Comment