.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Wednesday, October 10, 2012

Berjumpa Dengan Radicals

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, hari ni saya dapat juga luangkan masa untuk meluahkan perasaan saya ketika saya berada di Kuala Lumpur. (5hb oct 2012) hehehe ^__^

Okay pada pagi Jumaat bas saya akan bertolak pukul 7.30 pagi (paling awal.) Dengan keadaan diri saya yang tak serapan lagi huhuhuhu ~ Just minum air Milo ~ Ketika dalam perjalanan saya memang tak boleh nak lelapkan mata sebab saya rasa macam nervous bila sampai di KL. Dan bermacam-macam saya fikir, al-maklum pertama kali saya turun KL hanya seorang diri sahaja. ~ Fuh, berani betul aku ni !

Pukul 11.00 tengahari tepat saya dah sampai ( TBS - Bandar Tasik Selatan ). Rasa lega bila saya turun tu, cuma perut je yg asyik memanggil tapi saya tak pernah nak nyahut, kesian kan.. =_= Masa tu saya lapar sangat kebetulan saya ada bawa bekal dari rumah iaitu kopok lekor. Pastu terus saya contact kawan saya. Dan ikut la dia balik ... Tapi perut ku tetap mengamuk walaupun saya dah layan dia kejap ( makan kopok lekor )

Saya tetap kuat sampai lah Sentul Timur  :)  Sampai sana terus singgah ke Kedai Jom Skate Shop untuk lepaskan kepenatan saya ni.. Alhamdulillah dapat jugak tempat yang boleh rehat. Dan kawan saya tu memang baik sangat ^_^

Lepas saya solat Zohor dan Jama' sekali. Perut ku mula balik mengamuk yang tak tentu pasal. Saya tahu dia nak makan tapi sabar la, hehehehe ... Bila saya dah kat kedai restoran tu, tekak saya tak boleh nak masuk cuma air sirap limau. Dan saya dah mula loyer and macam nak muntah. Saya tetap kuat lagi.

Selepas lunch, saya berehat dan tidur di kedai kawan saya. Dalam 1 jam je saya dapat lelapkan mata. Bila bangun sahaja terus saya cari toilet dengan secepat mungkin, nak tahu tak apa yang terjadi?

Hehehe,, apa yang berlaku?? Jawapanya ..... saya muntah la. hehehe :) Dan disitu la saya bermula demam, muntah and cirit birit. Makan pun dah tak lalu ...

Malam tu saya ingat memang taknak pergi lah. Pergi mana??? oh.. sorry, lupa nak cakap hehehe.. Pergi Putrajaya. Group Radicals memang buat tiap-tiap malam sabtu main kat situ. So bila kawan saya ajak juga pergi ke Putrajaya.. saya pun terpaksa bangunkan juga dalam masa yang sama saya 'sakit'. :(

Saya pun tak sangka semua ni boleh terjadi, yela ALLAH je yang tahu semua ni. Tapi apa-apa pun saya tetap redho apa yang ALLAH berikan. Mungkin semuanya ada hikmah. Orait kita sambung balik cerita tadi. Sampai je sana ( putrajaya ) badan saya da ok sikit sebabnya 'asbab' saya makan ubat panadol , ( saya tak reti makan ubat dan tak suka pada ubat, waktu tu da terpaksa so kena makan juga hehehe ^_^)

Saya happy sangat masa tu dapat jumpa orang-orang kuat hahahahah :D Maksud saya dapat jumpa orang main kasut roda yang pandai-pandai dan hmmm kuat laaa.... hahaha... macam-macam style diorang buat. Saya suka tengok dan suka nak belajar , dan juga saya kuat kan diri lagi untuk belajar dengan diorang sebab saya nak bawa bekal ilmu ni dekat Kluang. :)

Selepas itu kami ( Radicals ) terus mengeteh kat restoran mamak, tak silap saya nama restoran tu Darussalam. Yeah,! betul nama tu.. ;) Masa tu kan... saya betul-betul perlukan rehat dan nak baring. Saya tengok kawan-kawan saya semuanya jadi gelap. Macam nak pengsan tau. Tapi saya tetap kuat kan lagi . Selagi saya mampu, selagi tu lah saya boleh kuat.

Lebih kurang dalam 1 jam kot. Dan saya tak pasti masa tu pukul berapa. Kami pun berangkat dan pulang kerumah masing-masing hehehehe.. Saya pulak pergi ke rumah kak Aja n suaminya ( abg afiz ) untuk bermalam rumahnya.

Mereka berdua ni memang baik sangat. Saya tak pernah lagi kenal mereka tapi mereka ni layan saya macam dah kenal lama. Saya suka dan suka laa... :) so sepanjang saya dirumah kak Aja.. saya hanya berehat dan berehat lagi hehehehe...

Hari Ahad pagi alhamdulillah saya dah sembuh dan saya terus siap-siap untuk pulang ke rumah ( Kluang,Johor ) Bas saya bertolak pukul 2.00 ptg sampai la ke Kluang pukul 5.00 ptg. Jalan pun tak de la sesak. so cepatlah sampai..

Alhamdulillah ~ bila saya tiba dirumah saya rindu sangat pada kawan-kawan Radicals. Rindu sangat la, dan rasa nak pergi lagi... tapi tak tahu la bila lagi saya nak join.. :)

Saya akan letak kan gambar kenangan manis saya bersama Radicals di bawa ni... ^__^

Dan terima kasih atas sudi membaca karangan saya . ^__^ I love you all.


2 comments: