.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Friday, December 28, 2012

Cyberjaya

Assalamu'alaikum.

Hello people... How are you? ( chewah speaking la pulak ... hehehe ) Ok. hmm.. Saya kat sini alhamdulillah sihat. Cuma peha, lutut, betis dan bahagian kaki saya agak lengguh, Ha... kalau korang nak tahu, jom baca.

21hb Nov 2012

Pada pagi tu saya prepare yang mana patut dibawa untuk ke KL. Selepas saya solat Zohor, saya terus ke Station Bus yang di hantar oleh sepupu saya. Terima kasih sebab dia selalu tolong saya bila saya perlu bantuan. hehehe :)

Dalam perjalanan tu memang payah lah saya nak lelapkan mata walaupun saya dah paksa jugak untuk lelap. Alhamdulillah, setakat dalam perjalanan saya tidak ada hujan pun ( syukur pada-Mu ). Dalam lebih kurang 4 jam saya dalam bus.

Sampai je Bandar Tasik Selatan, saya terus ke toilet and ambil wudu' untuk solat Asar. Dan selepas itu saya terus ke stesen Bukit Jalil by LRT . Memang masa tu ramai sgt kt dlm LRT , Al-Maklum baru balik kerja.

Tiba sahaja di Bukit Jalil, saya tunggu sahaja di situ sampailah kawan saya datang yang bernama Kien Lam and Cheng Chee Siang. Diorang memang baik dan fasih bercakap english. Begitu jugak dengan freestyle slalom. ( rollerblade )

Ok tiba di Cyberjaya, macam biasalah.. makan, and solat dulu then baru lah boleh start main kasut roda. Best sangat sebab banyak saya dapat Ilmu dari mereka. Terima kasih sebab sudi mengajar saya pelbagai style mengenai slalom.

Tepat pada pukul 11:00 malam kami semua terus bersurai. Cuma ada beberapa sahaja yang tinggal sebab nak discuss pasal saya laaa....

Nak tahu kenapa? Sebab saya tak tahu lagi saya nak tidur mana... waaaaa!!!!!!!

Lastly dapat jugak tumpang tidur di apartment kawan saya yang bernama Inara .She's a good person because baik sangat, lembut orangnya. ;)

22hb Nov 2012

Pagi tu saya terus sesiap untuk ke Johor. Dan sampai sahaja rumah pukul 11 pagi. Apa-apa pun saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang membantu saya. Dan saya hanya dapat tangkap gambar sikit je .. tak banyak pun. Korang boleh tengok kat bawah ya.





 Ok terima kasih lagi sekali sebab sudi luangkan masa kat sini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment