.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Monday, February 18, 2013

Persiapan Untuk Nikah

Assalamu'alaikum..

Hi semua, apa khabar? Saya harap semua para pembaca blog saya, semoga sihat wal'afiat bersama orang yang tersayang. Saya disini alhamdulillah, sihat seperti biasa dan bersyukur sangat kerana dapat lagi kita bersama dalam ruang blog Qaseh Yang Suci a.k.a Hilyah Muslimah.

Seperti biasa, di waktu malamlah saya dapat ruang menaip disini. Tapi lebih kurang lama jugak saya tak update. Sebab masa tu, saya belum stabil untuk budgetkan masa menaip diblog saya. Tapi saya tahu, korang tak marahkan. ^_^

Ok, disebabkan korang tak marah, Nah! tengoklah gambar bear yang comel ini.... :)
So? Comel tak? ^_^

Alright, hmmm... ( tarik nafas panjang-panjang ) .... Macam mana ea saya nak mulakan ni.. Haish, rasa macam gementar pulak... ( pelik dengan tetibanya perangai aku ni ) Ok, macam ni.. saya insya ALLAH akan bakal jadi pengantin iaitu isteri orang, so semua persiapan nikah, bagi saya OK. Tak ada yang ada masalah apa-apa pun setakat ni. Alhamdulillah. ^_^

Cuma, tahukan harga sekarang ni dah naik so terpaksalah kena pandai budget wang dan tak nak membazir. Nanti takut tak ada berkat. Harap-harap majlis saya tu nanti, semuanya SIMPLE dan BERKAT ^_^.

Ok, saya nak kongsikan apa yang ada di majlis saya nanti... Tapi korang mesti tahu kan, majlis tu ada apa. Argh! saya nak cerita jugaklah, peduli apa.. hehehe ^_^...

Kad Jemputan - Kad jemputan saya tak pasti lagi sama ada saya buat atau tak. Sebabnya majlis saya tak buat besar-besaran, hanya jemput 200 orang sahaja. Kedai yang tukang buat kad jemputan boleh order 300 keping. Sekiranya saya buat, saya akan poskan yang mana korang letakkan alamat penuh rumah korang. Insha ALLAH.

Pelamin -  Saya ambil pelamin mini sahaja, RM350. Mahalkan? Itulah zaman terkini... ^_^ Pelamin tu, cuma saya buat syarat je, boleh bergambarkan. Saya tak buat yang ada renjis beras, air dan macam-macamlah.

Kompang - Saya tak ambil.

Khemah - Khemah saya ada dua je.. hehe ^_^ perempuan makan kat dalam rumah, lelaki makan kat dalam khemah.

Katering - Saya ambil orang karkun yang masak. Katanya dia pandai masak nasi minyak, nasi tomato, nasi beryani, so rasanya saya pilih nasi tomato sebab kosnya murah sikit dari yang lain tapi parent nak nasi minyak atau beryani. Tengoklah nanti..

Kamar - Bilik saya simple sangat , iaitu cuma pasang langsir baru kat tingkap. Dan beli cadar Queen warna coklat.

Make up - Saya sendiri, nak upah orang make up kan masha ALLAH budget tak cukup. Selagi saya mampu, saya boleh buat sendiri. ^_^

Baju Pengantin - Saya ada dua pasang, Pertama baju nikah saya warna putih jenis baju bai, dan yang kedua warna peach, kebaya labuh ( tak ketat ). Veil saya yang buat sendiri, harap cantik lah ^_^

Lagi apa lagi yang nak di sharekan...

Rasanya itu je la yang saya nak sampaikan ^_^

Ok di bawah ni saya akan bagi detail majlis saya.. korang boleh salin kat kertas ya. Cepat!!!

MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN

Dengan segala hormatnya mempersilakan semua orang sekeluarga hadir ke majlis pernikahan dan perkahwinan saya.

Pada hari Jumaat 29 Mac 2013 bersamaan 17 Jamadil Awal 1434H

Bertempat di No 4 Jalan 1/5 Taman Sri Kluang 86000 Kluang Johor.

Aturcara Majlis 9.00 pagi - 4 petang
Bernikah 9.00 pagi di Masjid Al-Iqram.

Semoga dengan kehadiran sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan beroleh keberkatan ALLAH S.W.T jua hendaknya. Insha ALLAH. ^_^

Ok last sekali Terima kasih atas sudi bagi masa untuk membaca dan kalau ada apa-apa boleh komen dibawah ya.

Wassalam.

9 comments:

  1. semoga semua berjalan lancar insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Saya doakan semoga awak sentiasa bahagia disamping keluarga dan suami :) Kalau dah kahwin tu, jangan segan-segan ah datang honeymoon kat Singapura.

    Semoga awak sentiasa diredhai Allah.

    Maisurah @Singapura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak Mai.. Terima kasih bebanyak kak.. Insha ALLAH kami sedang kumpul wang sebab nak honeymoon kat Singapore. Amin..
      Nanti akak tolong-tolonglah support sikit kat kita. hehehe :D

      Delete
  3. serius ke Hilyah nak kahwin dah? Waaahhh... kagum. huhu jodoh dh smpai :D
    jauh johor. haha. xleh nk pi.
    tp kak ayie doakan yg baik2 aje untuk kamu ya. semoga semua berjalan dgn lancar... :)
    barakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak Ayie :D ... sorry late reply.
      Insha ALLAH.. Nervous ni kak.. lagi dua minggu lagi ni..
      ouh, jauh jugak tu dalam 3 or 4jam macam tu la kalau dari KL.
      Aminn. terima kasih bebanyak kak, insha ALLAH nanti kita akan upload gambar dan video di YouTube, Instagram, dan kat sini pun ada kot hehehe :)

      Delete
  4. wah. married. wat video kat utube la. btw kite dudok kluang juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, hai sahiela rosli.. inshaAllah nnti saya download, awk kluang area mana ni?

      Delete