.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Sunday, March 24, 2013

UK Farm Kluang

Assalamu'alaikum


Hi everyone! Hari ni saya nak share dengan anda semua mengenai UK Farm Kluang.. Sebenarnya tempat ni saya pergi masa 7th of Dicember 2012, bersama dengan students Erican Language Centre..

Kami bertolak pada pukul 9:30 pagi dari tempat saya study dan sampai sana dalam pukul 10:00 pagi. Dekat je...

Tiba je disana, cuaca agak terlalu panas sangat, pokok-pokok semuanya dah ditebang so takde la tempat kita nak berteduh kan.. haish.. lagi-lagi saya ni memang kuat berpeluh... tak silap berapa jam saya boleh mandi peluh tau.. hahaha

Ok, hmm tempat tu besar la jugak.. tapi saya lupa berapa ekar entah.. Sorry..

Kiranya tempat ni kan macam Mini Zoo.. Sebab kenapa saya panggil macam tu, sebabnya adalah tempat tu ada haiwan ternakkan dan ada la beberapa sikit binatang yang seperti kuda, burung, dan monyet..


Agak lama jugak kami round kat situ, dan banyak saya tangkap gambar tapi tak dapat saya nak upload banyak-banyak so saya buat satu khas untuk video.. Simple! ( cari video tu kat youtube dan search Hilyah Muslimah dan cari tajuk video tu Uk Farm Kluang )

Saya ni kan, memang suka pergi tempat melancong ni, tapi kalau dah cuaca panas terpaksa kena korban, haha... Bayaran pun RM75 mahal tau.. Tapi normal la, siap Lunch.

 Gambar di atas ni baru balik singgah dari rumah orang asli.. Rumah orang asli dindingnya hanya menggunakan daun-daun kan... lepas tu tak pakai selipar.. dan... korang kena datang sini la.. baru tahu hahahah ( sebenarnya malas nak taip panjang-panjang  )

Ok, dalam pukul 4:30petang kami pun berkumpul dan kami rehat, makan aiskrim dan.... Pulang... ! Terima kasih sesangat kat anda semua sebab bagi ruang masa untuk membaca blog ini... hehehe.. saya sayang anda semua.. muah! xoxox.....

Wassalam.

Friday, March 15, 2013

Tupai Tanah

Assalamu'alaikum

Apa khabar semua? Sihat? Saya harap anda semua sihat. Ok saya nak tunjukkan gambar tupai tanah yang telah dijumpai di surau. so.. kali ni saya hanya short kan story. First, saya terkejut jugak tengok binatang ni dan saya tak nak pegang dia pun.. sebab dia agak spesis macam tikus mondok.. hahaha. So dalam beberapa jam kemudian saya cuba memberanikan diri untuk sentuh badan dia dan bermain dengannya. Now! I'm happy because they are so cute and naughty :D yeay!
By the way, thanks for reading this short story. (my english not good, sorry)
Wassalam.