.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Sunday, April 21, 2013

Majlis Pernikahan Hilyah

Assalamu'alaikum...
Hi semua.... Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah... saya disini sihat dan semuanya okay seperti biasa. :) Saya harap anda semua sihat belaka ya... Amin..

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim.. (^_^) !
Alhamdulillah saya dah pun bergelar menjadi seorang Isteri kepada suami saya iaitu Muhamad Syahir Bin Muhamad Nazeri. Apa yang hari ini saya nak kongsikan kat anda semua adalah cerita pasal Majlis Pernikahan saya. :) Walaupun sudah 22 hari yang berlalu.. tapi kenangan itu membuatkan tidak lupa sampai bila-bila.. ( cewahhh :D )

28 MAC 2013 MALAM JUMAAT

Ramai mak sedara, pak sedara dan sepupu sepapat, datang rumah. Dalam masa yang sama saya demam panas. Tapi disebabkan mereka datang saya lupa dalam keadaan kesihatan saya. Masa tu saya happy sangat dapat jumpa mereka. Masing-masing sibuk cari kerja. Ada yang buat gubahan, bunga sirih :D .. terima kasih sesangat pada yg tolong masa tu sbb kita ni dlm keluarga baru first time kan..so ada byk yg nak kena buat, tiba dlm pukul 10 malam tekak saya betul2 nak makan bubur, alhamdulillah terima kasih sgt kt maktih sbb maktih tolong buatkan :) .. lap lip lap lip lap lip da... pukul 12 tengah malam... masa tu saya still tak boleh nak lelapkan mata.. asyik terkebil-kebil je mata ni.. mungkin orang nak nikah memang macam tu kan. So malam tu kira saya tak dapat nak tidur lena hingga lah ke Subuh.

29 MAC 2013 JUMAAT

Selepas solat Subuh, terus saya rehat sekejap.. masa tu mata saya dah bengkak macam panda hahaha.. Saya breakfast bubur lagi dan air susu.. Alhamdulillah badan saya dah okay sikit, :) then selesai solat sunat Isyra' saya terus pergi buat persiapan diri dan make up. Ha,, sebut pasal make up.. Ya ALLAH, memang saya kurang memuaskan sbb ada comot sikit kat bahagian kelopak mata hihihi,,,,tapi tak pelah, yang dah lepas tu, dah la... tak perlu lagi nak mengungkit kan... lagi pun salah saya..saya yang buat so yg kesilapannya adalah diri sendiri. peace... still cantik juga (perasannn)

Siap sahaja semua, kami terus ke Masjid Al-Ikram di Taman Sri Kluang. Hati saya dah melayang jauh-jauh. Ya ALLAH rasa diri ini bukan diri ku yang sebenar mcm dlm mimpi pula.. Sampai je Masjid hati dah mula sedih. Tahan je perasaan tu sedalam-dalamnya. masa isi borang tu, jurunikah tu ada minta IC saya, ha.. ini mmg lawak sbb IC saya tak bawa.Aduhai....mcm mana blh jadi mcm ni... orang yg nak nikah ni mmg semua barang dia dah tak ingat... So adik lelaki saya lah yang kena pergi balik rumah dan cari. terima kasih fitri sbb tlg akak :) Kesian kt dia,,jgn marah :).. tapi alhamdulillah masjid tu dekat dengan rumah. :)

Tepat sahaja 9:50 pagi, status saya terus bertukar menjadi seorang isteri yang sah. Hati terus menjadi sayu dan sedih..sebab mesti kena wajib ikut suami da, dan lepas tu mesti rindu kat umi , ayah , dan adik2.... nangis tak berlagu da pun....huhuhu

 Saya tak dapat bayangkan yang saya dah kahwin..

Selesai doa, suami saya terus ke tempat saya untuk menyarung cincin. Subhanallah... Hanya Allah sahaja yang tahu, perasaan hati ni.. bergetar-getar bila upacara untuk membatalkan air wudu'.. ye la, tak pernah salam orang lelaki yang bukan berkaitan sedarah saya .. so macam kekok dan bergigil-gigil.. hehehe... :D

Selepas itu, kami pun bergambar ler.... lebih kurang dalam setengah jam jugak. dan kami semua pulang ke rumah untuk teruskan majlis makan-makan.. sehinggalah ke petang.. tapi kami tetap sambut tetamu sampai ke malam tak silap saya orang yang terakhir datang tu pelajar saya nama dia izzah tak sangka dia blh dtg walaupun da malam pun sbb dia org jauh, dari pahang, terima kasih sgt kat awak .. sanggup dtg jauh2 dan juga terima kasih pada semua yang datang ke majlis saya dan minta maaf yang mana saya tak dapat nak layan dgn baik atas sebab pengantin raja sehari ni kebiasaannya mesti sibuk,,, ampun kan patik ya..:)

Alhamdulillah, majlis saya semuanya berjalan lancar, tidak ada sebarang pun yang terganggu. Terima kasih ya ALLAH dan terima kasih pada Umi dan Ayah, dan juga terima kasih lagi sekali buat semua sedara mara, rakan-rakan, jiran tetangga, anak muridku dan juga yg turut hadir di atas korban anda yg bersanggupan datang kemajlis pernikahan dan perkahwinan saya . Apa pun semoga Allah balasi pengorbanan dan khidmat anda dalam majlis kami dengan penat letih anda. :)

alhamdulillah.. masa utk sarung cincin
Apa2 pun last sekali sebelum nak tutup cerita saya nak katakan "Cinta selepas nikah itu memang best!"

k Wassalam.

8 comments: