.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, July 4, 2013

BERHIJRAH

Assalamu'alaikum...

     Hai semua, apa khabar ? Sihat ? Saya harap anda semua sihat sejahtera bersama keluarga, dan sahabat-sahabat anda sekalian.. Saya kat sini alhamdulillah sihat seperti biasa, cuma gigi bongsu saya je yg perit. Baru nak tumbuh tapi alhamdulillah setakat ni takde lagi deman. Hanya nak makan yang keras macam contohnya kacang memang sakit la.. Apa-apa pun memang saya harap, saya sihat dan sempurna dan juga beriman dan taqwa.. amin. ( apa banyak la DAN hehe ) Hari ni saya nak share sikit tentang kehidupan saya sikit, tak banyak pun ...

     Pada pukul 11.00 malam tepat, keadaan cuaca yg agak sejuk disebabkan petang tadi hujan hinggalah ke Maghrib, itu semuanya nikmat sementara. Dan kali ini saya dapat berpeluang untuk meng-up date :) kalau tak sebelum ni sibuk memanjang je... Sambil taip ni saya pasang Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun.

     Berhijrah? Ya, saya akan berhijrah. Hijrah itu penawar walaupun pahit hendak tinggalkan tempat kita dan juga pahit bila kita akan melalui kehidupan dan suasana yang baru. Insha ALLAH hari Isnin ni 8/7/2013 saya akan bermulanya kehidupan baru bersama suamiku yang tersayang. Saya terasa sedih yang teramat.

     Sedih sebab meninggalkan semua kenangan-kenangan pahit dan manis yang ada disini. (KLUANG). Hati ini asyik je nak sedih dan air mataku turut meraikan sejak menjak ni. Saya pun tak tahu kenapa sejak dua bulan ni hati asyik sedih, sedih,sedih,sedih.. macam ada yang dipanggil namaku. Hati tak boleh nak halang perasaan tu, mesti dia akan muncul dengan sendiri.

    Saya berhijrah bukan bermakna saya lari dari tempatku tapi untuk mencari penawar dan sinar. Paling saya sedih sekali bila saya nak tinggalkan umi, ayah dan madrasah yang selama 5 tahun saya mengajar. Ya ALLAH, terasa sedih sangat... Tak tahulah siapa lagi yang boleh ganti tempatku.

    Okeylah, apa yang saya ceritakan ni mana yang tak suka tu saya akan perbaiki lagi dan yang suka pulak saya mohon maaf beribu ampun. :) ( tak tahu la betul ke tak ayat ni sebab mata dah ngantuk sangat ) Selamat malam dan jangan lupa baca doa sebelum tidur.

    K. Wassalam.

No comments:

Post a Comment