.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Saturday, July 13, 2013

CINTA SEBELUM DAN SELEPAS NIKAH

Assalamu'alaikum...

     Cinta selepas nikah memang paling indah dan halal untuk keseluruhannya, nak pimpin tangan dah dapat pahala, nak bergayut sampai ke subuh pun dapat pahala, semuanya akan dapat ganjaran pahala yg banyak...

     Tapi, cinta sebelum nikah, nak tengok muka si Dia pun akan menjadi bahaya, takut perkara lain yang datang. So macam seksa hati ! Kalau hati ni asyik seksa je, baik tak payah cinta. SIMPLE .

     Tapi itulah kekadang kita ni pandai cakap. Bila datangnya ujian macam ni kat kita, kita terus GABRA....

     Apa-apa pun kita kena terus kuat, tabah dan sabar bila ujian ni datang pada kita. Kerana apa? Kerana bila kita cuba untuk menghindari dari maksiat, maka ujian akan datang dengan macam-macam pelbagai. Hidup tak akan sempurna selagi kita tak beri di uji. Sebab? Allah sayang pada kita, Allah nak tengok kita sejauh mana tahap keimanan kita.

     Saya faham dengan dunia sekarang ni, semuanya dah menjadi moden. Nak elak daripada cinta memang payah sebab itu lumrah manusia. Tapi kita boleh halang dengan cara kita, bermaksud disini adalah, kita tahu apa yang kita buat tapi jangan sampai ia terjerumus sekali sudah la... takut akan bermulanya terperangkap disitu.

     OK la, ini sahaja mesej yang saya nak sampaikan. Sekiranya saya ada tersalah, tersilap dan terkasar, saya minta maaf dan ada apa yang nak ditanya tu boleh komen dibawah. Akhir kata terima kasih atas sudi melawat blog saya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment