.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, August 29, 2013

HARI RAYA BERSAMA SUAMI

Assalamu'alaikum semua..

     Dah lama sangat-sangat  tak berblogging ni, al-maklum la cuti raya lama sangat, sampai nak keje pun dah malas, well..selamat hari raya korang, maaf zahir dan batin ye yang mana ada salah silap semua tu la...raya sebulan kan so masih laku lagi la permohonan maaf tu, hahahaha...

     Korang macam mana..still cuti or keje??? tengok status member-member kat fb ada yang dah start keje dan ada yang masuk asrama..ada yang beraya sakan sampai ke tgh malam..syok la mana yang bisnes sendiri tu...sambil beraya sambil berbisnes..duit kuar masuk jek...saya?? 
    
     Ok dah.. jauh simpang ni...kene patah balik follow tajuk...suami cuti raya start selasa...half day...tunggu suami balik ngajar dari Pusat Bimbingan Ummah Kampar Perak.. Petang tu kami terus gerak balik ke Bagan Datoh Perak... dalam pukul 4 ptg tepat kami gerak...sampai kampung pukul 6:45 ptg, kira jauh la jugak..ada la jem sikit sana sini, sebab petang selalunya yang buat jem adalah bazar ramadhan, kan? Sehari sebelum raya tu jugak la saya menangis dalam bilik ditemani suami yang tido lena...aku teringat kat umi...First time beraya umah mertua...huhuhuh...

Hari Raya Pertama

     Bangun je dari tidur, terus solat Tahajud sementara tunggu Azan Subuh. Masa tu suami dah bangun untuk sesiap pergi ke mesjid. Lepas solat Subuh terus tolong mak mertua dekat dapur, lepas dah selesai.. saya iron baju raya suami dan saya, ingat nak iron malam raya ( malam semalam ) tapi masa tu abang ipar tengah guna so terpaksalah postpone. Kebetulan saya iron baju raya suami, akak ipar saya suruh iron sekali baju raya nenek. So makan masa yang lamalah saya berdiri menghadap baju raya.. hehehe...
     
     Balik je dari Solat Sunat Hari Raya kami semua bersalaman untuk memohon maaf yang mana ada terluka hati tu.. dan lastly baru la salam suami. Setakat ni takde lagi dosa kat suami, baru kawen kan.. haha... Lepas tu kami bergambar-gambar,, 

Selepas bersalaman, ini baju raya pertama kami.
   
     Selepas bersalaman tu kami semua beraya kerumah sedara-mara yang berdekatan rumah mertua. Memang syok sangat la masa tu tapi dalam hati tetap sayu sebab asyik teringat kat umi, Yelah, ini first time beraya tanpa umi ayah.. sedih dan terharu.. Lepas solat Asar kami sekeluarga terus bergerak ke Tanjung Malim. Kami bermalam disana rumah Pak Long dan Mak long.. 

Hari Raya Kedua

     Selepas kami sarapan terus kami bergerak beraya ke rumah sedara, ( tak tahulah apa nama panggilannya) sampai je sana, dalam 10 minit saya duduk makan kuih raya, suami panggil , katanya nak tunjukkan saya yang kat belakang rumah mak sedara ada sungai. Then, apa lagi.. takkan nak tengok sungai tu sampai kering, terus saya cepat-cepat panggil adik ipar teman saya berendam di dalam sungai tu.. hahahaha memang best sangat.. 

     Satu jam kemudian kami pun terus balik rumah... Saya balik raya Johor, hari raya yang keenam. Lewat sikit atas sebab yang tak boleh nak dihalang. So sepanjang beraya rumah mertua memang best dan mak ayah pun layan macam anak, takde pun mak ayah nak ketepikan mana anak dan menantu. I love mak ayah mertua ku.. 

     So inilah cerita kami beraya, first time beraya bersama... Sebelum saya tutup cerita ni, saya nak ucapkan

" SELAMAT HARI RAYA MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA "

Wassalam