.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Tuesday, November 26, 2013

Kek Coklat Kukus ( 1 Jam )

Assalamu'alaikum semua,

Hari ni saya nak share resepi kek dari mak mentua saya. Memang sedap. Jadi bila sedap kita kena la berkongsi resepi supaya resepi ada mewarisinya.. hihi....

Bahan A 
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang

Bahan B ( Inti dan Hiasan )
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Kacau Rata
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Krim Coklat
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah).
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rich

Cara Membuat Krim Coklat
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi.
5. Tunggu sehingga sedikit, kemudian tuangkan di atas kek.

'' Selamat mencuba ''

p/s : Gambar In Sha Allah bila saya dapat snap saya akan upload ya. 
wassalam.