.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, November 27, 2014

SPM 2014 da habis !

Assalamu'alaikum w.b.t..


Da lama tak menulis nih *op menaip laa..


Well, SPM la katakan... 20hb November hari tu adalah last paper saya. Akhirnya tamat jugak exam ni kan. Bagi saya takde la susah mana sekiranya rajin mengulang kaji.

Subjek yang saya ambil hanya 8 sahaja.

1.Bahasa Melayu - first belajar memang tak faham, dan baru saya tahu bahawasanya bahasa melayu susah. Ingat percakapan kita harian ni boleh faham dan senang tapi sebaliknya.

2.Bahasa Inggeri - Saya kurang hehe..(masa exam saya tak hadir pun)

3.Matematik - Ini lagilah , langsung tak faham.(paper 2 saya tak hadir)

4. Sejarah - Masa belajar senang nak faham. Yela.. cerita zaman nek moyang kita.. tapi bila exam masha Allah satu soalan pun tak faham.(paper 2 tak hadir juga)

5. Sains - Hmmm... tak boleh nak cakap, memang tak boleh nak faham.(Langsung tak hadir)

6. Pendidikan Islam - Ini memang senang, Alhamdulillah.

7. Pendidikan Al-Quran & Sunnah - so-so la... hehe(Tak hadir pun, ada hal)

8. Tasawwur Islam - Alhamdulillah senang...(paper 2 tak datang sebab tertidur sehingga terlajak waktu)

so....Saya tak mengharapkan score 8A+ sebab tujuan belajar spm ni untuk pengetahuan sahaja sekurang-kurangnya saya ada pengalaman... :)

Insha-Allah rezeki sentiasa ada selagi kita hidup.

k wassalam

Sunday, June 22, 2014

Bersediakah Aku?

Assalamu'alaikum....

Hai semua, hari ni saya free untuk menaip blog... Dan hari ni juga saya puasa, lagi berapa jam sahaja untuk menunggu waktu berbuka puasa. Dalam keadaan cuaca yang agak panas sudah terasa Ramadhan makin menghampiri kita.. Sama-samalah kita menjaga istiqomah dalam beribadat. Dari sekarang ini lah kita kena buat persiapan , supaya tiadalah kita rasa berat sangat nak puasa nanti.. :)

Semalam saya dan suami berbual-bual santai, kami berkongsi cerita yang ada kat dalam memori . Tetiba suami saya buka topik baru mengenai anak.

Masha ALLAH ! Hati ini terasa suka sangat bila suami sudah mula bertanya pasal anak.

Suami : Sayang, dah bersedia ke nak anak? Maksudnya zuriat kita.

Saya : Sayang dah bersedia lama dah... ( dlm hati tu rasa suka sgt smbil terbawa senyuman ke bibirku )

Suami : Abang bukan apa, cuma abang risau sayang tak boleh jaga anak kita.

Saya : Kenapa abang nak risaukan, insha ALLAH sayang boleh jaga... dan kita sama-sama boleh..

Suami : Maksud abang, abang masih belajar lagi , dalam 4 atau 5 tahun baru habis. Abang risau abang tak boleh nak focus pada anak kita dan sayang. Lagi-lagi bab keperluan kita hanya cukup-cukup.

Saya : ( saya hanya berdiam seketika )

Suami : Pelajaran abang sekarang ni masih lagi boleh focus pada sayang. Nanti bila naik kelas, pelajaran pun makin berat, jadi abang mesti perlukan masa lebih untuk belajar.

Saya : ( hati saya mula berubah suka jadi sedih )

Suami : Abang bukan nak takut-takut kan sayang, abang fikir macam mana kita ada anak nanti, boleh ke abang nak jaga anak sama-sama dalam keadaan belajar tambahan keperluan untuk anak kita lagi...

Saya : ( diam lagi )

Suami : Abang minta maaf sangat sekiranya abang cakap ni., abang cuma nak kita fikir sama-sama.

Saya : ( Senyap sambil pandang mata dan bibirnya  )

Suami : Maafkan abang...

Saya :  Abang, sayang faham keadaan abang, bagi sayang fikir dulu ya.. Cuma sayang nak sangat anak sebab nanti boleh lah temankan sayang kat rumah bila abang tiada dirumah.

Suami : Fikirlah ya sayang,,,

Itulah perbualan saya dan suami... sebelum kami masuk tidur.

Kesimpulannya adakah saya bersedia? Saya tak dapat nak jawap sampai sekarang, sebab bila nanti dah ada anak, saya dah tak boleh nak ke sana ke sini seperti sekarang ni, Lepas tu saya ni masih belajar lagi.. Tak tahu la nak bagi jawapan yang macam mana...

Saya hanya berdoa pada Allah memohon bagi petunjuk dan jawapan yang sebenar.

Setakat ni sahaja saya boleh kongsikan next time kita jumpa lagi :)

K wassalam

Saturday, June 14, 2014

Dunia Moden

Assalamu'alaikum....


Setelah kian lama saya tidak update apa-apa, hanya iklan sahaja. Padahal tiap-tiap hari saya selalu singgah blog dan baca post-post yang lepas. Bagi masa yang sesuai dan ada rasa timbul suka untuk update yang terbaru. Hee ~ :)

Saya sekarang dah mula selesa di tempat orang. Sebelum ni, agak cerewet di tempat baru. Tapi bila kelamaan ia menjadi rutin. Alhamdulillah..

Kehidupan adalah perjuangan, perlu tabah, sabar, kuat dan doa.

Ketika dulu banyak saya buangkan masa, tapi sekarang masa saya penuh dengan program. Lebih-lebih lagi saya seorang isteri dan pelajar kepada suami yang berstatus pelajar juga.

Hari demi hari, saya dapat banyak pengajaran yang mana pahit dan manis. Bukan mudah kita nak hidup tanpa ilmu. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh jalan yang berterusan.

Sebagai manusia yang makin meningkat perlu ada perubahan, seperti dunia sekarang yang penuh dengan zaman moden. Jadi saya mula sedar bahawa perlu ada perubahan, sampai bila saya nak macam ini.?

Belajar menerima teguran, nasihat dan ujian dengan hati yang terbuka luas . Insha ALLAH :)

Ok, sekarang ni saya menduduki SPM persendirian, nervous sebab tak buat apa2 pun persiapan, sibuk dengan hal rumahtangga. Bila saya focus dengan buku2, rumah pulak macam mana? siapa nak masak? siapa nak kemas rumah? Jadi semua tu kena cari waktu yang betul2 sesuai tapi bila dah ada waktu free, saya pulak rasa letih dan penat. Bila lama kelamaan buku pun tak buka. Memang ujian betul bg seorang pelajar dan isteri ... :)

Sebut pasal baby, insha ALLAH memang saya nak sangat baby tapi saya tahu kedudukan saya sekarang agak sukar. Ini hanya perancangan sekiranya Allah nak bagi, terimalah seadanya .. :)

Kerja? Ok saya ni, cuma ada aliran tahfiz, jadi saya hanya mengajar orang mengaji... anak2 jiran datang ke rumah saya. Dan saya ada jugak datang ke rumah orang, ambil masa dalam sejam.

Itulah seharian saya, Sabtu dan Ahad saya berehat ataupun bershopping. Orang perempuan memang tak boleh nak lari dari bershopping ni ,, hee ~

Alright, setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan, next time saya update lagi.. insha Allah.

K Wassalam.

Sunday, April 20, 2014

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DI RUMAH ANDA

Assalamu'alaikum...

=> Di sini saya ingin menawarkan kepakaran saya dalam mencelikkan mereka-mereka yang tidak boleh membaca Al-Quran atau yang merangkak-merangkak.

=> Terbuka pada semua peringkat umur.

=> 60 minit (RM30)

=> Petaling Jaya, Bandar Sunway, Kelana Jaya, Sungai Way, Subang Jaya dan Damansara

=> Bagi sesiapa yang berminat dengan Kelas Pengajian Al-Quran Di Rumah Anda boleh hubungi saya 013-7546651 (ustazah)



Sunday, January 5, 2014

Tahun Baru 2014

Assalamu'alaikum semua,

Di awal tahun ini, pertama kalinya saya bersama dengan suami. Dan hari ini saya dapat luangkan sedikit masa untuk menaip beberapa perkataan.

Bila hidup berdikari banyak perkara yang kita kena lakukan, tidak seperti dulu, ada umi dan ayah dan juga adik-adik. So bila hidup sebagai seorang isteri wajib melakukan tanggungjawap. Dan saya tidak kesempatan untuk buka laptop, bermain kasut roda, chat dengan kawan-kawan. Itupun sekejap je..

Ok saya tak boleh banyak cerita sebab lepas ni pun ada kerja juga... Nak tahu?

Kerja saya adalah pakar menyediakan dan menghantar produk kepada mereka yang berminat dan memerlukan. Anda boleh cari page saya di facebook : Hilyah Dessert

Ok sambung balik cerita saya.

Bila sebut je tahun baru, semua perkara kita nak baru dan juga azam. Tapi sebenarnya azam itu datang pada hari - hari... bukan setahun sekali tapi hari-hari.. faham...! tapi takpelah, sekurang-kurangnya ada lah juga azam tu.. daripada takde, kan.. ?

So bila start tahun baru ini, saya menceburi bidang perniagaan sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin

Part birthday saya , terima kasih kepada suami, memberi ucapan dan juga sambut dinner . Itu sudah cukup bermakna. dan juga pada rakan-rakan, ibubapa dan adik2 saya .....

Ok lah, itu sahaja yang saya dapat ceritakan, nanti kita sambung lagi..
Wassalam.