.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Saturday, June 14, 2014

Dunia Moden

Assalamu'alaikum....


Setelah kian lama saya tidak update apa-apa, hanya iklan sahaja. Padahal tiap-tiap hari saya selalu singgah blog dan baca post-post yang lepas. Bagi masa yang sesuai dan ada rasa timbul suka untuk update yang terbaru. Hee ~ :)

Saya sekarang dah mula selesa di tempat orang. Sebelum ni, agak cerewet di tempat baru. Tapi bila kelamaan ia menjadi rutin. Alhamdulillah..

Kehidupan adalah perjuangan, perlu tabah, sabar, kuat dan doa.

Ketika dulu banyak saya buangkan masa, tapi sekarang masa saya penuh dengan program. Lebih-lebih lagi saya seorang isteri dan pelajar kepada suami yang berstatus pelajar juga.

Hari demi hari, saya dapat banyak pengajaran yang mana pahit dan manis. Bukan mudah kita nak hidup tanpa ilmu. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh jalan yang berterusan.

Sebagai manusia yang makin meningkat perlu ada perubahan, seperti dunia sekarang yang penuh dengan zaman moden. Jadi saya mula sedar bahawa perlu ada perubahan, sampai bila saya nak macam ini.?

Belajar menerima teguran, nasihat dan ujian dengan hati yang terbuka luas . Insha ALLAH :)

Ok, sekarang ni saya menduduki SPM persendirian, nervous sebab tak buat apa2 pun persiapan, sibuk dengan hal rumahtangga. Bila saya focus dengan buku2, rumah pulak macam mana? siapa nak masak? siapa nak kemas rumah? Jadi semua tu kena cari waktu yang betul2 sesuai tapi bila dah ada waktu free, saya pulak rasa letih dan penat. Bila lama kelamaan buku pun tak buka. Memang ujian betul bg seorang pelajar dan isteri ... :)

Sebut pasal baby, insha ALLAH memang saya nak sangat baby tapi saya tahu kedudukan saya sekarang agak sukar. Ini hanya perancangan sekiranya Allah nak bagi, terimalah seadanya .. :)

Kerja? Ok saya ni, cuma ada aliran tahfiz, jadi saya hanya mengajar orang mengaji... anak2 jiran datang ke rumah saya. Dan saya ada jugak datang ke rumah orang, ambil masa dalam sejam.

Itulah seharian saya, Sabtu dan Ahad saya berehat ataupun bershopping. Orang perempuan memang tak boleh nak lari dari bershopping ni ,, hee ~

Alright, setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan, next time saya update lagi.. insha Allah.

K Wassalam.

No comments:

Post a Comment