.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Sunday, June 22, 2014

Bersediakah Aku?

Assalamu'alaikum....

Hai semua, hari ni saya free untuk menaip blog... Dan hari ni juga saya puasa, lagi berapa jam sahaja untuk menunggu waktu berbuka puasa. Dalam keadaan cuaca yang agak panas sudah terasa Ramadhan makin menghampiri kita.. Sama-samalah kita menjaga istiqomah dalam beribadat. Dari sekarang ini lah kita kena buat persiapan , supaya tiadalah kita rasa berat sangat nak puasa nanti.. :)

Semalam saya dan suami berbual-bual santai, kami berkongsi cerita yang ada kat dalam memori . Tetiba suami saya buka topik baru mengenai anak.

Masha ALLAH ! Hati ini terasa suka sangat bila suami sudah mula bertanya pasal anak.

Suami : Sayang, dah bersedia ke nak anak? Maksudnya zuriat kita.

Saya : Sayang dah bersedia lama dah... ( dlm hati tu rasa suka sgt smbil terbawa senyuman ke bibirku )

Suami : Abang bukan apa, cuma abang risau sayang tak boleh jaga anak kita.

Saya : Kenapa abang nak risaukan, insha ALLAH sayang boleh jaga... dan kita sama-sama boleh..

Suami : Maksud abang, abang masih belajar lagi , dalam 4 atau 5 tahun baru habis. Abang risau abang tak boleh nak focus pada anak kita dan sayang. Lagi-lagi bab keperluan kita hanya cukup-cukup.

Saya : ( saya hanya berdiam seketika )

Suami : Pelajaran abang sekarang ni masih lagi boleh focus pada sayang. Nanti bila naik kelas, pelajaran pun makin berat, jadi abang mesti perlukan masa lebih untuk belajar.

Saya : ( hati saya mula berubah suka jadi sedih )

Suami : Abang bukan nak takut-takut kan sayang, abang fikir macam mana kita ada anak nanti, boleh ke abang nak jaga anak sama-sama dalam keadaan belajar tambahan keperluan untuk anak kita lagi...

Saya : ( diam lagi )

Suami : Abang minta maaf sangat sekiranya abang cakap ni., abang cuma nak kita fikir sama-sama.

Saya : ( Senyap sambil pandang mata dan bibirnya  )

Suami : Maafkan abang...

Saya :  Abang, sayang faham keadaan abang, bagi sayang fikir dulu ya.. Cuma sayang nak sangat anak sebab nanti boleh lah temankan sayang kat rumah bila abang tiada dirumah.

Suami : Fikirlah ya sayang,,,

Itulah perbualan saya dan suami... sebelum kami masuk tidur.

Kesimpulannya adakah saya bersedia? Saya tak dapat nak jawap sampai sekarang, sebab bila nanti dah ada anak, saya dah tak boleh nak ke sana ke sini seperti sekarang ni, Lepas tu saya ni masih belajar lagi.. Tak tahu la nak bagi jawapan yang macam mana...

Saya hanya berdoa pada Allah memohon bagi petunjuk dan jawapan yang sebenar.

Setakat ni sahaja saya boleh kongsikan next time kita jumpa lagi :)

K wassalam

No comments:

Post a Comment