.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Tuesday, December 22, 2015

Pengalaman Bekerja Makan Gaji


Assalamualaikum w.b.t

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim

Sekian lama saya mensunyikan diri. Jadi hari ni saya nak luangkan masa disini.

So far alhamdulillah sihat. Makin cergas hehe

OK saya nak share serba sedikit tentang pengalaman saya hidup makan gaji.

Pertama kali saya happy sangat sebab dapat bekerja dan jumpa rakan sekerja yg baru.

Awal pagi dah gerak ke tempat kerja sampai tghri lepas tu pulang kerumah masak kkdg beli..ikut Keadaan lah, lepas zohor sambung sampai lah lepas asar pulang.

Malam dapat lah rehat sikit.

Sampai lah cukup bulan dapat gaji.  Enjoy.  Itu masa tahun 2013 & 2014.

Masa tahun tersebut saya mmg takde buat utk simpanan akan dtg. Tahu nak enjoy saja.

Masuk tahun 2015 Saya mula sedar. Baru nak buat akaun utk simpanan Saham pelaburan, dan Niaga.

OK stop.

Pengalaman berhadapan dengan rakan sekerja pula.

Allahuakhbar....

Perit sangat, hari-hari stress sbb nak berhadapan dengan diorg.

Actually sy ni peramah, tp pd masa yg sama segan, dan takut.  Senang cite sy ni tkde keyakinan diri.

Jadi bila perkara sesuatu yg pelik sy diam saja. Mampu lihat. Tak reti nak tegur hanya pendam dan diam.

Tempat kerja saya tu ada sorang (penyelia) ni sy agak kurang faham dgn attitude dia. Kejap OK kejap x jadi sy pun turut main peranan diri sendiri kejap OK kejap x juga.

Pendam,diam,pendam,diam..

Sampailah tahun 2015,  pendam dan diam saya akhirnya terbawa keluar dan meletop.

Jadi... Disbbkan sy geram, sedih dan sakit hati semua tu sy buat kepala sy sendiri. Sampai la ketua (ketua bahagian perempuan) pun dah naik angin dgn sy.  Peduli apa sy masa tu.

Sebelum ni ketua pggl sy dgn beradab... Kemudian dah penghujung tahun hanya pggl nama saja.

Kebetulan saya mmg nak letak jawatan jadi ketua mcm push suruh buat surat. Dan siap kata kalau xnk sampai hujung tahun dia izin kan sy berhenti awal.

MashaAllah terkejut saya.. Saya kecik hati Sgt dgn ketua dan penyelia.

Allahu.....

Apa yg tersirat kat dlm hati ni. Sy kecewa dgn ketua terutama sbb dia tak Adil utk redakan Keadaan hanya sebelah pihak saja.

Berpunca dari penyelia dan org bawahan hinggalah terbawa kepada ketua. Saya ni bukan sempurna, saya tiada apa-apa disitu.

Ibarat saya tiada disitu. Kosong. Dan bukan kawan tp musuh.

Hari-hari sy doa pd Allah agar kami disatukan tp Makin complicated jadinya.

Sy sabar dan buat-buat kuat sampailah ada seminar Keyakinan Diri dgn harga 1ribu masa 11hb December,

Dah Nak penghujung baru sy dpt duduk seminar tu. Yelah ada rezeki lebih blh join seminar mahal-mahal hehe..

Balik dari seminar alhamdulillah masuk je tempat kerja.. sy jd berani tp da akhir-akhir.. Takpelah yg penting sy dpt keyakinan diri.

Cuma nak cakap.... sy kecewa sebab rakan sekerja pergi holiday tanpa pelawa sy walaupun mereka tak suka pun, tapi isteri mudir tak pelawa pd sy. Tahu-tahu dah ada gambar kt dlm Instagram.

Saya sedih, terkilan knp diorg buat mcm tu.?

Sy harap para pembaca dpt komen perkara positive, nasihat, dan kata-kata semangat utk sy. Sekian.

K wasalam.

No comments:

Post a Comment