.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Thursday, April 14, 2016

PERTAMA KALI JOIN CATERING

Assalamualaikum w.b.t.

       Saya nak share Sabtu lepas 9hb 4 , saya ada tolong satu team catering ni atas sebab kekurangan tenaga..

Serius ni, saya pertama kali join ... sebelum ni kalau ada apa2 kenduri ke kan.. tolong gitu2 je pastu penat tidur jap pastu rehat2 jap..

Tapi kali ni , saya kena buat kerja straight sampai la habis . fuh.. caya la sama sendiri.. penat yang teraaaamat tau,

Awal pagi saya dan suami da sesiap utk kesana pastu Saya baru je sampai tempat kena masak tu da kena suruh buat kerja , yela diorg taknak kita ni buang masa so diorg suruh saya kena potong timun dihiris macam batang mancis tu sebagai ulam laksa kedah, ini makanan tambahan tau,

Habis je selesai potong timun dlm 12 biji sambung lagi potong bawang dihiris mayang utk ulam laksa tadi tu lah, tak tahu la berapa biji, main buat je tapi mmg banyak k.. lepas tu selesai je break kejap saya sarapan jap , makcik2 kt situ kata nnti da tghri tkde selera nk makan da baik mkn awal.. masa tu sy da mula kurang nak makan, mcm nak muntah maybe mcm2 bau lauk kan.. dgn cuaca agak panas skrg ni kan.. mmg mencabar utk saya .

Dalam 15 minit kemudian saya sambung lg potong.. kali ni potong buah limau pulak , aduhai.. tadi bawang punya la banyak air mata keluar kali ni limau pulak, merecik-recik.. hbs basah purdah saya... dan blh pula purdah sy tertinggal , aduuuh ujian beno kali ni.. haha sabar ye.. first time kan..

Tepat pukul 1 ptg saya terus pergi ke bilik salinan utk cuci badan dan tukar pakaian yg berbau macam2,, da nak zohor kan, tak selesa la kalau busuk2 nak p solat.. so semua pakaian saya tukar tp purdah jeee tak tukar sbb tertinggal.. sedih ...

Ini la weddingnya, gamba dapo takde sbb tkde masa nk pgg phone 

lepas solat zohor sambung lagi , tolong diorg yg blm siap lg goreng ayam berempah , dlm masa yg sama masa tu hilang selera nak makan, kepala da pening2 , tekak macam loyer2 , mata macam nak tutup je.. tp apakan daya , terus kan je la, jgn kata ini last sy buat kerja sudah la.. haha

ok selesai goreng terus sambung lagi packing makanan utk staff bawa balik sebanyak 25 bungkus. ok packing laju2 sbb da tak tahan nak balik dan rehat itu je dlm otak sy fikir.. yg lain da tak nampak da, fikir nak balik nak balik nak balik pastu tidur, last2 sampai juga ke asar .. alhamdulillah selesai semua dan boleh balik , yahoo...punya la gembira sgt mcm kambing dilepas kan haha

Lepas asar , dlm hati mmg tak sabar da nak balik nih, tapi tetiba suami ajak p shopping jap sbb dia nak beli kasut pula, aduhai , yg td nak tidur tu terus hilang da, segar bugar jadinya, pasal apa entah blh jd gitu.. mungkin shopping ... ngade kan. gedik !

balik je shopping terus balik rumah dan Yahoooooooo.... apa lagi tidur la , da tak hirau apa pun sbb waktu tu mana blh tidur tp penat punya pasal semua lupa , sedar je da pukul 7 mlm , alhamdulillah dapat la juga rehat walaupun 20 minit je ..nnti lepas isyak.. kau terbongkang lah kt atas katil sampai esok pun takpe, yg penting solat jaga k.

so baru ku tahu kerja catering ni mmg penat , mmg elok beno dgn harga pakej catering dgn masakan yg sedap2 , apa2 pun kita kena hargai kerja mereka ni. :) saya da cuba merasa , ini salah satu pengalaman buat saya dalam hidup .

k wassalam.

No comments:

Post a Comment